combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengunjung, Norsuhaila Mohd Yunus (kiri) dari Sabak Bernam bersama rakannya berswafoto berlatarbelakangkan kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia sempena Hari Terbuka ARMADA bersempena sambutan ulang tahun ke-92 TLDM di Pengkalan TLDM.
Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharaja Lela yang dipamerkan buat kali pertama kepada orang awam antara yang mencuri tumpuan pada Hari Terbuka Armada (HTA) 2026, bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92, di sini.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengunjung melahirkan rasa teruja dan bangga apabila berpeluang melihat sendiri aset milik TLDM dari dekat.
Seorang pengunjung dari Kulim, Kedah, Mohamad Asraf Ishak, 38, berkata HTA 2026 memberi pengalaman yang amat bermakna khususnya kepada golongan muda untuk memahami peranan TLDM dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
“Selama ini kita hanya tengok kapal perang, helikopter dan aset TLDM menerusi televisyen atau media sosial sahaja. Jadi bila datang ke HTA 2026, saya dapat lihat sendiri saiz sebenar kapal, kelengkapan pertahanan dan anggota TLDM menjalankan tugas mereka.
“Paling menarik tentunya melihat LCS 1 yang menjadi kebanggaan kita. Saya rasa rakyat perlu diberi lebih banyak peluang seperti ini supaya mereka lebih menghargai pengorbanan anggota tentera dan memahami pentingnya pertahanan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di HTA 2026 di sini hari ini.
Terdahulu, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan menyempurnakan perasmian Lumut Navy City Parade di Dataran Lumut.
Selain perarakan, sambutan yang bermula hari ini hingga Ahad itu turut diserikan dengan penganjuran HTA 2026 di Tambatan Pangkalan Lumut, Pangkalan TLDM Lumut yang memberi pengunjung peluang untuk melihat pelbagai aset dengan lebih dekat dan memahami peranan TLDM.
Penjawat awam, Norsuhaila Mohd Yunus, 23, berkata beliau teruja apabila dapat menyaksikan pelbagai aset moden TLDM termasuk sistem persenjataan dan teknologi maritim.
Kapal Tempur Pesisir Negara Tarik Perhatian Pengunjung Hari Terbuka Armada 2026
HTA 2026, TLDM, kapal tempur pesisir, pameran, ase