BTC USD 84,264.6 Gold USD 4,128.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebaikan Teh~

farr1z

Active+ Member
Messages
3,231
Joined
Jul 12, 2010
Messages
3,231
Reaction score
145
Points
33
timthumb.php

​
Ramai orang yang gemarkannya. Tetapi saya tidak pasti berapa ramai orang yang tahu khasiatnya. Teh diminum sebilang masa tidak kira pagi, petang mahupun malam.

Teh juga tebahagi kepada beberapa jenis iaitu teh biasa, teh buah, teh akar atau herba daripada pelbagai jenis tumbuhan. Untuk tujuan perubatan biasanya teh herba digunakan. Bagi sesetengah kaum cina, mereka beranggapan bahawa kesihatan dan teh yang diminum mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa teh yang diminum dapat memperbaiki aliran darah keseluruh tubuh serta memperbaiki daya pemikiran dan mental mereka.

Teh juga dapat mempercepatkan tindak balas pembuangan alkohol serta bahan-bahan lain yang membahayakan di dalam badan kita sepeti lemak dan nikotin. Ia juga memberikan badan kita satu antibodi yang dapat meningkat sistem ketahanan tubuh kita untuk melawan penyakit.

Metabolisme pada tubuh serta menambahkan kandungan oksigen adalah salah satu khasiat teh. Selain itu, kerosakan gigi juga dapat dielakkan dengan kerap meminum teh. Dan yang paling penting sekali teh dapat mengekalkan awet muda.

Khasiat-khasiat tambahan teh,

a) Dapat melindungi tubuh dari sinaran panas matahari

b) Cepat menghilangkan haus

c) Menghilangkan sengal-sengal pada sambungan tulang-tulang

d) Membantu dalam sistem penghadaman.
 
Ada jugak kebaikan teh rupanya...ade org kata teh ni angin..
 
ada~
tuh yang cina dok minum tuh..
jangan boh gula banyak2 dah...
kencing manis la akibatnya nanti
 
Info yang menarik. Ada gak orang kata mandi dgn air teh ni elok untuk licinkan kulit, entahlah tak tahu betul atau tidak?
 
Info yang menarik. Ada gak orang kata mandi dgn air teh ni elok untuk licinkan kulit, entahlah tak tahu betul atau tidak?

ada ek orang mandi teh.. huhu~ tak tau pulak saya..
 
kalu time sakit perut mmg berguna sgt air teh ni....
minum air teh (jgn campur gula atau susu) dan serta mkn telur rebus sebiji.

insyallah dalam 1-2jam pastu hilang sakit perut..... :)
 
Dari Website Lubuk Petua Warisan

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
 
banyak lagi kegunaan teh ni rupanya.. ingatkan untuk minum jer~
 
Info yang menarik. Ada gak orang kata mandi dgn air teh ni elok untuk licinkan kulit, entahlah tak tahu betul atau tidak?


bole kut..jd mcm scrub

amik jer teh yg dh guna tu (yg blum gune baik buat air..huhu)
sental kat kulit kite..pastu bilas..
 
bole kut..jd mcm scrub

amik jer teh yg dh guna tu (yg blum gune baik buat air..huhu)
sental kat kulit kite..pastu bilas..

aah..penah cuba buat scrub...

bes rasa....jimat lagi...hikhik
 
Back
Top
Log in Register