BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kastam Kelantan Rampas 45 Motosikal Seludup Bernilai RM3.62 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kastam Kelantan Rampas 45 Motosikal Seludup Bernilai RM3.62 Juta​

0fb421c9102fa8623c7c24ce421ffd6d6a742755d85c5

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Mohd Hisham Mohd Nor (kanan) melihat motosikal yang diseludup dari Thailand sebelum diedarkan kepada pelanggan bagi pasaran tempatan pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan Kastam Rantau Panjang hari ini.

Jabatan Kastam Kelantan merampas 45 motosikal disyaki diseludup dari Thailand bernilai RM3.62 juta termasuk cukai dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.

Pengarahnya Mohd Hisham Mohd Nor berkata rampasan berkenaan dibuat menerusi operasi penguatkuasaan dan maklumat awam di beberapa lokasi di Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Beliau berkata sindiket dipercayai membawa masuk motosikal berkenaan melalui Sungai Golok dan pangkalan haram sebelum menyimpannya di bengkel, kawasan perumahan serta stor simpanan.

“Motosikal yang diseludup termasuk motosikal berkuasa tinggi, kapcai dan Yamaha RXZ yang mendapat permintaan tinggi kerana dijual lebih murah daripada harga pasaran. Ada juga dibawa masuk untuk dijual sebagai alat ganti,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan Kastam Rantau Panjang di sini hari ini.

Mohd Hisham berkata motosikal itu diklasifikasikan sebagai barang larangan import dan tidak boleh didaftarkan kerana tidak mempunyai dokumen import yang sah.

Beliau berkata nilai motosikal dirampas dianggarkan RM1.34 juta, manakala cukai berjumlah RM2.28 juta, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM3.62 juta.

Menurut Hisham, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

 
Back
Top
Log in Register