BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival HPM Melaka Jana RM8.45 Juta Potensi Perniagaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141

Karnival HPM Melaka Jana RM8.45 Juta Potensi Perniagaan​

abcf9930fcb77888e1f99d1edbd889f46a3a576a910df

Gambar fail

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Melaka berjaya mencapai sasaran impak tinggi apabila merekodkan nilai keseluruhan padanan perniagaan dan potensi pembiayaan mencecah RM8.45 juta.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memaklumkan karnival yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun itu turut menarik kehadiran 70,000 pengunjung serta mencatat jualan langsung produk usahawan berjumlah RM532,802.77.

Menurut kenyataan itu, sebanyak RM6.4 juta nilai padanan perniagaan berjaya dijana menerusi 72 sesi yang melibatkan 25 usahawan berpotensi.

Selain itu, sebanyak 55 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) turut meraih manfaat melalui sesi interaksi kewangan yang merekodkan jumlah potensi pembiayaan bernilai RM2.05 juta.

“Susulan kejayaan penganjuran di Melaka, siri ketiga Karnival HPM 2026 dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 19 Julai ini di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

Karnival HPM merupakan inisiatif di bawah agenda Hebatkan Perniagaan Malaysia yang dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim bagi mendukung pelaksanaan misi strategik Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran (ABCD) ke arah memperkukuh pembangunan perusahaan tempatan.

Inisiatif itu menyediakan platform bersepadu untuk PMKS dan koperasi meningkatkan kapasiti perniagaan, mengembangkan jaringan strategik serta meneroka peluang pertumbuhan baharu.

 
Back
Top
Log in Register