BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mini Karnival KPDN Melaka Rekod Jualan RM1.3 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Mini Karnival KPDN Melaka Rekod Jualan RM1.3 Juta​

5b7124db3f5fb1e9d0ef88a9a23173d06a40ac403444a

fec7c70bdf9c25f4714012889aa54c786a40ac58aea34


Mini Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas berjaya merekodkan jualan berjumlah RM1.3 juta sehingga semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata sebanyak 200 barangan ditawarkan sempena karnival tersebut serta program Jualan Rahmah MADANI yang berjaya menggamit kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

"Jualan Rahmah MADANI merupakan program yang memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat, tambahan pula bila ada jualan 'happy hour' yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.

"Ia amat membantu rakyat dalam keadaan mereka berdepan dengan (peningkatan) kos sara hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mini karnival tersebut di Dataran Klebang, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Tuminah Kadi@Mohd Hasim dan Pengarah KPDN Melaka Dr Mohd Hazimin Jamaludin.

Sementara itu Fuziah berkata KPDN menerima sebanyak 446,247 aduan pada tahun lepas yang turut melibatkan 8,475 aduan berkaitan transaksi dalam talian.

Beliau berkata pada tahun ini pula, sehingga 27 Jun lepas, sejumlah 28,419 aduan diterima termasuk 5,588 aduan berkaitan transaksi dalam talian.

Pada majlis berkenaan, Fuziah turut melancarkan buku 'Pengembaraan Kippy Bersama Pengguna Cilik' terbitan KPDN Melaka yang bertujuan memupuk kesedaran kepenggunaan sejak usia muda agar generasi akan datang lebih bijak membuat pilihan, memahami hak sebagai pengguna serta mengamalkan perbelanjaan yang berhemah.

 
Back
Top
Log in Register