BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Terjatuh Sungai Di Subang Jaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kanak-kanak Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Terjatuh Sungai Di Subang Jaya​

f914e7bb2d7a4569419575dc09c094a36a79e521066a0

Kredit: Bomba

Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, bersebelahan sebuah pasar raya, di Subang Jaya, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.06 malam.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal Komander Operasi, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira 6.30 petang ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya,” katanya dalam kenyataan.

Ashrul Riezal berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi kaedah pencarian di permukaan air kini giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pasukan penyelamat berdepan cabaran dalam operasi itu berikutan keadaan arus sungai yang agak deras.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam turut dipanggil bagi membantu operasi pencarian berkenaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register