BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Lelaki Ditemukan Lemas Terjatuh Dalam Loji Air

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
36d4705129760dd07e1c0a25e78c81a469ad71a151ea7

Foto: JBPM Negeri Sembilan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Loji Air Taman Widuri Indah di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tergelincir ke dalam loji air berkenaan dengan kedalaman kira-kira lima meter ketika memancing bersama dua lagi adiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berjaya ditemukan pada 2.32 petang menggunakan peralatan grappling iron dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register