BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar Kebolehpasaran Graduan TVET Pertanian KPKM Meningkat 78.1 Peratus Pada 2023

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
c5313bb4212ea9a2cedff4a75d5f093c682fd7f3700b2

810b154a8cc6c29070109d3313105ea2682fd7e5e13da

fb1e8421abde3a3643c545a01f850ad0682fd7d79f0aa

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) kepada Nor Syahidatul Syafiqah Mohd Sabri (kanan) pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-13 Tahun 2025 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian di institut serta pusat latihan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencatatkan peningkatan kepada 78.1 peratus pada 2023 berbanding 72.3 peratus pada 2022.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata KPKM berharap kadar itu terus meningkat dan melepasi sasaran ditetapkan iaitu melebihi 80 peratus.

“Pelbagai aktiviti dan program telah dan akan dilaksanakan KPKM bagi memastikan graduan TVET Pertanian yang dilahirkan akan memenuhi keperluan tenaga mahir,” katanya berucap pada Majlis Konvokesyen Pertanian ke-13 KPKM di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, kementeriannya telah menghasilkan 25,783 graduan terlatih sejak program  berkenaan dimulakan pada 1969.

“Diharapkan pertambahan jumlah tenaga mahir dalam bidang agromakanan akan dapat mempertingkatkan daya saing industri agromakanan negara di pasaran global, seterusnya menjamin kelangsungan bekalan makanan negara,” katanya.

Mengambil maklum mengenai kekurangan kecenderungan belia terhadap sektor agromakanan, Mohamad berkata KPKM akan memastikan usaha meningkatkan penglibatan belia dipacu melalui penerapan teknologi baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Ia termasuk penglibatan dan kerjasama strategik bersama pihak swasta serta pelaburan dalam industri bernilai tinggi yang mampu meningkatkan daya saing dan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Sepanjang 2024, beliau berkata KPKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik merangkumi peningkatan kemudahan di Institut Latihan TVET pertanian, penambahbaikan kurikulum dan peningkatan penglibatan anak muda.

“Pada 2024, sebanyak RM26.3 juta telah diperuntuk untuk menambah baik kemudahan di semua institut latihan TVET pertanian dan RM479,000 telah dibelanjakan di bawah program mekanisasi dan automasi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register