Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan Anugerah Legasi Ikon Alumni Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada Malam Gala Persada MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Turut sama Turut sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melebihi 98 peratus membuktikan keberkesanan kerjasama strategik dengan industri dalam memastikan latihan diberikan relevan serta memenuhi keperluan pasaran kerja.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pencapaian itu adalah hasil transformasi pendidikan kemahiran melalui penjenamaan semula TVET MARA yang menekankan standard latihan selaras dengan keperluan ekonomi masa hadapan.
“Ini bukan sekadar perubahan nama tetapi satu anjakan besar dalam memastikan kandungan, standard dan kualiti latihan benar-benar memenuhi keperluan industri dan ekonomi masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Gala Persada MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata aspirasi kerajaan bukan sekadar melahirkan graduan pencari kerja, malah membentuk generasi yang mampu berdaya saing, berupaya memimpin serta mencipta peluang.
“Kita mesti melahirkan teknousahawan dan pencipta peluang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Saya menyeru rakan industri untuk terus bersama-sama membuka ruang, membimbing dan melatih generasi ini agar mereka bukan sahaja bersedia untuk masa depan tetapi mampu menguasai masa depan itu sendiri," katanya.
Beliau berkata hala tuju MARA perlu diperkukuh dengan beralih daripada sebuah institusi yang hanya membuka peluang kepada ekosistem membina kekuatan.
TVET MARA Bukti Kejayaan Transformasi, Kebolehpasaran Graduan Lepasi 98 Peratus
MARA, graduan, TVET, Ahmad Zahid