BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebolehpasaran Graduan Sijil Motosikal Elektrik Giatmara Capai 99.8 Peratus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kebolehpasaran Graduan Sijil Motosikal Elektrik Giatmara Capai 99.8 Peratus​

b783ae7a3048bd5bad57e71ab715dc9c6a40ceaddfa14

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman (dua, kanan) menyaksikan penyerahan sijil latihan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan (kanan) kepada pelajar, Syed Mohamad Raafei Syed Ab Kadir (dua, kiri) pada Majlis Peluncuran MODENAS Service Plus @ Giat Mara Prima Melor hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr Azmi Amat Murjan (kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kebolehpasaran graduan GiatMARA yang mengikuti kursus Sijil Motosikal Elektrik (EV) kini mencapai 99.8 peratus dengan 42 pelatih telahpun bekerjasama dengan syarikat Modenas, kata Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Zulfikri Osman.

Beliau berkata setakat ini lima pusat GiatMARA telahpun menawarkan kursus tersebut bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi motosikal dan mobiliti elektrik.

Pusat GiatMARA terbabit terletak di Prima Melor di Kelantan; Kota Samarahan, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah; Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Hulu Terengganu.

"Kursus ini mula ditawarkan pada Julai 2024 dengan tempoh pengajian selama tiga bulan.

"Prospek kerjaya ialah graduan berpotensi menjadi juruteknik motosikal elektrik, pakar bateri EV mahupun usahawan bengkel EV menerusi pengalaman sebenar iaitu pembelajaran teknikal berdasarkan kursus ditawarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Modenas Service Plus @ GiatMARA Prima Melor, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Ahmad Hamdi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan.

Katanya, kursus motosikal elektrik itu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 291 pelajar telahpun mengikuti kursus berkenaan.

Beliau berkata setakat ini lima pusat GiatMARA itu telah menyelenggara sebanyak 122 unit motosikal elektrik yang digunakan oleh Pos Malaysia dalam operasi menghantar barangan kepada pelanggan.

 
Back
Top
Log in Register