BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPV Selangor Jamin Siasatan Menyeluruh, Adil Kejadian Kematian Anjing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

JPV Selangor Jamin Siasatan Menyeluruh, Adil Kejadian Kematian Anjing​

cf268727696547459d16956ade4ce0666705067c0c95d


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor memberikan jaminan bahawa siasatan berhubung kejadian kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan haiwan liar itu di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang akan dijalankan secara menyeluruh, adil dan tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak.

JPV Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima beberapa aduan menerusi sistem MyAnimalWelfare kira-kira 9.25 malam pada 30 Julai lepas berhubung rakaman video tular yang memaparkan sekumpulan individu mengikat dan menarik leher seekor anjing, manakala seorang wanita dilihat merayu supaya haiwan itu dilepaskan.

"Hasil siasatan awal JPV Selangor mendapati kejadian tersebut berlaku pada 29 Julai 2026, lebih kurang pukul 10.50 malam di sekitar Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang semasa operasi gotong-royong tangkapan anjing liar oleh pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama penduduk taman perumahan.

"Operasi tangkapan anjing liar oleh MBDK merupakan tindakan awal pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengawal populasi anjing liar yang banyak demi menjamin kesejahteraan rakyat," menurut kenyataan itu.

Menjelas lanjut, JPV Selangor memaklumkan kira-kira 11 pagi pada 31 Julai, Pasukan Kebajikan Haiwan (PKH) menerima serahan bangkai seekor karkas anjing jantan yang dipercayai haiwan dalam rakaman video berkenaan daripada seorang wanita berserta satu tong ais berwarna oren.

Susulan itu, Pasukan Kebajikan Haiwan JPV Selangor membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Pasukan penyiasat telah memanggil suspek dan saksi-saksi pada 1 Ogos 2026 bagi merakam percakapan berkaitan kes tersebut di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Kes disiasat di bawah subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman terhadap haiwan peliharaan serta terbiar, khususnya anjing dan kucing yang masih berlaku dan tular baru-baru ini.

 
Waktu ni terpaling nak keadilan untuk seekor anjing.

Ada tak geng terpaling justice for Rocky ini berkumpul atau bersolidariti seperti ini ketika ada manusia, ya ejak betul betul, MANUSIA dimasukkan ke ICU selepas diserang anjing liar?

Atau masa itu tiada siapa mengaku sebagai tuanpunya anjing kerana takut dikenakan tindakan & menbayar pampasan?

Adakah tiba-tiba mereka mengaku terpaling sayang binatang ini kerana nampak ada peluang untuk menuntut pampasan?

Isu berbeza, skrip yang sama.

Tiba-tiba terpaling nak keadilan TETAPI adakah mereka berkumpul begini menuntut keadilan apabila ada pihak menceroboh tanah orang & buat kuil haram atau mereka berkumpul membela penceroboh?

Masa anggota bomba, Adib mati dibunuh perusuh kuil Seafield, ada mereka berkumpul menuntut keadilan untuk Adib.
Bagaimana dengan keselamatan orang awam? Bagaimana pula kucing-kucing yang mati diserang anjing?

Janganlah selektif dalam memperjuangkan hak haiwan tetapi terlepas pandang hak haiwan lain serta keselamatan masyarakat.
Selain itu, ramai juga ‘pempengeruh’ yang cuba menangguk di air yang keruh, tangan & lisan terlajak laju dari otak.

Sekali, plot twist. Pecah tembelang rupa-rupanya bukan salah penguatkuasa pun.
Ramai mula buat u-turn menarik balik tuduhan mereka terhadap penguatkuasa yang menjalankan tugas.

Siap tularkan wajah penguatkuasa tersebut & mendoakan dia masuk neraka.
Dahsyat Muslim apologetik & pempengeruh yang mengeruhkan keadaan ni.

Ini belum lagi selain pempengeruh yang menangguk di air yang keruh, ada individu cacat pemikiran menghina Islam & menyalahkan Islam pula.

Kalau dah benci tu, apa benda pun nak dikaitkan dengan Islam seolah-olah merekalah terpaling suci.
Saya sedang bayangkan kalau Muslim berkumpul begini di depan IPD kerana seekor kucing.

Apa akan berlaku?


763360091_1566927555225417_6057903696328043659_n.jpg





sumber -
 
Back
Top
Log in Register