BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPN Ganti Dokumen Pengenalan Diri Percuma Kepada Mangsa Banjir - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
b7ecde0dfdc5097f035ab2428a09a43869280e8bd11d8

Kredit : Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan atau dokumen rosak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggantian dokumen membabitkan MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta lain-lain dokumen rasmi JPN.

“Dalam apa jua musibah yang menimpa, saya ingin mengingatkan semua yang terkesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Insya-Allah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi terkait akan membantu mempermudah urusan dokumen diri rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran, seperti musibah banjir yang besar sekarang ini.

“Insya-Allah Kerajaan MADANI sentiasa prihatin membantu rakyat, khususnya ketika berdepan ujian dan kesulitan, memastikan segala bentuk bantuan disampaikan dengan cepat, cekap dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagi memudahkan urusan rakyat, Saifuddin Nasution berkata JPN turut menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses.

Langkah itu adalah bagi memastikan bantuan dapat disampaikan terus kepada mereka yang memerlukan tanpa menambah beban sedia ada.

 
Back
Top
Log in Register