BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Terengganu Saman Penumpang, Pemandu Bas Ekspres

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
0de2a02e45aee64a5bec836cb8d4c130686745c18e103

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman terhadap penumpang bas yang tidak memakai tali pinggang keledar pada Ops Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Persiaran di Chendering, malam tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan empat saman terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang dilaksanakan sejak 1 Julai lepas.

Pengarahnya Zamri Samion berkata operasi khas tersebut susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres dan persiaran mulai 1 Julai.

"Sebanyak 85 bas ekspres dan persiaran diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari di seluruh negeri.

"Kita dapati tahap kepatuhan sangat baik apabila hanya empat saman dikeluarkan termasuk satu kepada pemandu bas dan tiga penumpang bas ekspres," katanya pada Ops KPA/KPB di Chendering di sini malam tadi.

Zamri berkata bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas ekspres dan bas persiaran pada minggu depan untuk tujuan advokasi secara lebih intensif.

Beliau berkata sebarang aduan berkaitan isu pemakaian tali pinggang keledar boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ atau emel ke [email protected].

"Kita akan jumpa dengan pengusaha bas untuk memberi penerangan lebih mendalam bagi meningkatkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan pemandu malah penumpang.

"JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkait keselamatan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang gagal menunjukkan kepatuhan terhadap peraturan serta undang-undang," katanya.

 
Back
Top
Log in Register