BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops HRA 2026: Lima Bas Ekspres Di Terengganu Dikenakan Tindakan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f556754d00592e9094489de6a86acd0d69c5e3082c4fc

5c2a0aa7971845a1718f958c568316f969c5e32eaf643

ec7c87249a47989d89ab8bc517ac650869c5e374c0d7a

62da596a7c44353c51565ffc4db3c78a69c5e3895c067

42ad8192696a4deb9c8006cf62f7099b69c5e39851346

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion (kanan) melakukan pemeriksaan dokumen perjalanan bas ekspres pada Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026:JPJ Perhebat Pemeriksaan Terminal Bas-Nyawa Penumpang Jadi Keutamaan di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Hanya lima daripada 413 bas ekspres yang diperiksa dikenakan tindakan dalam tempoh 11 hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 (Ops HRA 2026) di Terengganu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Mohd Zamri Samion berkata tindakan berkenaan melibatkan kesalahan memandu di lorong kanan secara berterusan, cermin retak, keadaan tayar tidak memuaskan dan kesalahan teknikal lain.

"Untuk Ops HRA 2026, JPJ memberi tumpuan kepada kenderaan pengangkutan awam seperti bas ekspres dan bas persiaran yang membawa penumpang pulang ke kampung halaman serta kembali ke tempat kerja.

"Kita (JPJ) dapati tahap pematuhan operator serta pemandu bas ekspres di Terengganu terhadap undang-undang keselamatan sangat tinggi dan tiada kes serius dilaporkan," katanya pada Ops HRA 2026: JPJ Perhebat Pemeriksaan Terminal Bas-Nyawa Penumpang Jadi Keutamaan di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

Turut hadir Ketua Wilayah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Timur Mohammad Fakhri Mansor dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu Arzmi Abdullah.

Mohd Zamri berkata pihaknya masih meneruskan siri penyamaran melibatkan lima pasukan terdiri daripada 10 anggota serta pegawai bagi memastikan pematuhan berterusan oleh pemandu bas dan penumpang terhadap undang-undang ditetapkan.

"Tempoh beberapa hari ini merupakan waktu puncak kerana penumpang bergerak balik ke destinasi masing-masing. Oleh itu, pihak JPJ akan memperhebat penguatkuasaan dan pemeriksaan demi keselamatan penumpang," katanya.

Selain itu, beliau berkata pihak AADK turut menjalankan saringan air kencing terhadap 172 pemandu bas ekspres dari 16 Mac hingga semalam dengan didapati kesemuanya bebas daripada dadah atau penggunaan bahan terlarang.

 
Back
Top
Log in Register