BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengarah JPJ Perak Menyamar Jadi Penumpang, Bongkar Kesalahan Bas Ekspres

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
d0140409fec3ea657dba2eb56dc6c50069933875847ce

IPOH, 16 Feb -- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Mohammad Yusoff Abustan (kanan) memakaikan tali pinggang keledar kepada penumpang ketika hadir pada sidang media operasi khas sempena Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Bas Meru Raya di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Taktik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres yang digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berjaya membongkar kesalahan yang dilakukan pemandu dalam Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026.

Operasi itu turut menyaksikan Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan sendiri turun padang dengan menyamar dan menaiki bas ekspres dari Pulau Pinang ke Ipoh bersama tiga pegawai penguat kuasa JPJ.

Beliau berkata pendekatan itu dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan undang-undang secara lebih telus dan berkesan, khususnya melibatkan kenderaan perkhidmatan awam yang membawa penumpang sempena musim perayaan.

“Dalam perjalanan penyamaran itu, kami turut menjalankan pemeriksaan rawak terhadap empat buah bas ekspres dari Ipoh ke Pulau Pinang.

"Hasil pemeriksaan mendapati hanya satu kenderaan melakukan kesalahan, iaitu tidak menyediakan pemandu kedua seperti ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Meru Raya di sini hari ini.

Mohammad Yusoff berkata secara keseluruhannya kebanyakan pengusaha dan pemandu bas didapati mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk aspek keselamatan dan dokumentasi perjalanan.

Katanya JPJ Perak menubuhkan empat pasukan khas yang akan melaksanakan penyamaran secara berterusan, termasuk pada waktu malam sepanjang tempoh operasi.

“Operasi ini dilaksanakan secara terbuka dan menyeluruh melibatkan semua syarikat bas ekspres bagi memastikan tahap pematuhan berada pada tahap terbaik,” katanya sambil menasihatkan pemandu serta pengusaha supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memastikan kenderaan dalam keadaan selamat.

Sementara itu, beliau berkata JPJ Perak merekodkan sebanyak 1,307 notis dan saman atas pelbagai kesalahan trafik yang telah dikeluarkan hasil Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 yang bermula Jumaat lepas.

 
Back
Top
Log in Register