BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perlis Keluarkan 741 Notis Saman Terhadap Pemandu Warga Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPJ Perlis Keluarkan 741 Notis Saman Terhadap Pemandu Warga Asing​

5cbb0272b0d91facf2669b95e77c15b16a588c80daefb


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 741 notis saman JPJ(P)22 terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi operasi penguatkuasaan di seluruh negeri itu bagi tempoh Januari hingga Selasa lepas.

Pengarah JPJ Perlis Noraini Mohd Nawi berkata kesalahan yang paling banyak dikesan melibatkan aspek teknikal sebanyak 210 kes, diikuti pelesenan pemandu (190), lain-lain kesalahan (166), pelesenan kenderaan (140) manakala cermin gelap (35).

"Operasi ini memberi tumpuan terhadap warga asing yang memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans, tidak memiliki Permit Memandu Antarabangsa (IDP), mempunyai tunggakan saman serta melakukan pelbagai kesalahan lain," katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Negeri, di sini, hari ini.

Noraini berkata tindakan saman turut dikenakan terhadap pemilik kenderaan tempatan yang membenarkan warga asing memandu kenderaan mereka tanpa memenuhi syarat ditetapkan.

Beliau berkata JPJ Perlis menyita 95 kenderaan dipandu warga asing, termasuk sebuah kenderaan mewah menerusi operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh Perlis bagi tempoh sama.

Katanya daripada jumlah itu, 65 kenderaan merupakan milik warga tempatan manakala 30 lagi milik warga asing terdiri daripada 17 motosikal, lapan kereta dan lima van Thailand yang kesemua 95 kenderaan disita itu didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, tiga orang kena saman (OKS) warga asing hadir ke mahkamah dan masing-masing dikenakan denda RM750 manakala 243 kenderaan diambil tindakan membabitkan 468 kesalahan dengan kutipan kompaun berjumlah RM89,200.

 
Back
Top
Log in Register