Sape yang terer SEO , boleh tolong ajar tak camne nak buat SEO untuk MSN , aku ade buat blog bulan lepas ... yang aku perasan MSN cume indexed satu jer ...cume google je pantas indexed blog aku...
so , adekah MSN terlalu rumit ?
dgr citer , kalau MSN dah indexed blog kiter..peluang blog kite nak berada di ranking panas mmg besar ( tgk pade keyword , teknik SEO ngan persaingan jugak )
so , sesape yang terer ..leh lah kasi tunjuk ajar..
nak beli ebook pasal MSN SEO SECRET mahal lakk...
Bagus soalan dan thread awak ni, boleh jadi satu perbincangan ilmiah..
So I share I punya knowledge pasal SEO serba sikit.
Fakta
1.Secara asasnya algoritma bagi ketiga2 search engine ni berbeza cara diorang menilai dan index sesatu blog/laman web tu. Maksud laling disini ada diorangnya trademark or kekuatan masing2..macam bila cakap burger = Mc.Donald, Ayam Goreng = KFC dan Delivery = Pizzahut

So...
1.Google = suka sangat inbound links & link network
2.Yahoo = suka sangat dengan keyword density terutama dalam internal page..
3.MSN = suka cara lama iaitu Meta Tag yg google tak heran pandang sebelah mata.
OK sebab thread nih pasal MSN I fokus kepada search engine ni secara detail penerangannya seperti berikut.
1.
MSN Meta Search Engine:-
MSN memang mengindex sesatu blog tu dia tengok nih dulu, website base CMS joomla memang ada kelebihan part ni. Dari meta tag description nilah MSN jumpa keyword kita explore dan come out kat search list diorang. Walau camnapun men SPAM keyword kat blog untuk MSN dia yg I tengok so far buat tak tahu je..TAPI bila dikenal pasti anda kena penalize jenis tiada maaf bagimu blacklist terus.
2.
Page Layout dan Code HTML
Pastikan jangan lebih dari 150kb kerana I rasa kat sinilah dia detect sesatu blog tu either spam blog dengan keyword. So please maintain saiz tu insyaallah selamat. Selain dari tu untuk designer theme kena careful bila buat Table, sebab kalau theme tu banyak guna table MSN bot yg crawl tu tak suka explore Table dalam Table. Jadi apa2 content dalam table tersebut dia tak indeks. Apapun kalau designer tu bijak banyak guna CSS so takdalah masalah sangat dengan issue nih.
3.
Keyword Density
Macam google dia nak dalam lingkungan 2-3% density keyword dah cukup bagus dah, lebih sangat dia charge SPAM. Peliknya Yahoo dan MSN terutamanya suka sesatu blog tu 7-9% keyword density..Jadi macam ditelan mati mak luah mati bapak jadi baik kemam jer keyword tu..

So kat sini pepandailah yer adjust camna..Bagi laling content dan structure blog biar nampak human jer keyword density ni..Takyahlah header sampai ke footer duk menye SPAM keyword pulak kan...
4.
Website Infrastructure dan SEO
Part ni penting sangat kat MSN. OK caranya ialah amalkan buh hypertext link kat post, navigation sidebar mana2lah keyword yg kita target akan pergi page ada info or content at least 100-150 patah perkataan, then dalam content tu pulak ada lagi keyword dan hyperlink lagi kesatu page lain..eks! faham ker ni..harap2 faham lah yer. Dalam bahasa mudah MSN bot dia nak cepat pergi kedalam internal page kita 3-4 klik jer. Dalam kes nih sesapa ada buat sitemap memang cunlah untuk requirement MSN mahukan.
5.
Inbound Link
walaupun nih kat MSN tak berapa sangat tapi faktor No.4 diatas ada kaitan langsung. Yer kita tahu inbound link = Undi . So amalkan textlink bila tukar suka sama suka dengan orang lain jangan ambil mudah apa hypertext link keyword yg diorang letak.
Ambil contoh
Blog laling tak komersil untuk blog tu kalau I buat blog pasal sunglass so better jadi camni kat blog diorang
sunglass
6.
Kesimpulan
(1)Meng SEO dengan bijak di MSN walaupun second class lah pada kaca mata bloggers pro diorang terlupa pasal bila beli PC or laptop baru microsoft setup kat internet explorer by default homepage dia setting MSN..So banyak visitor yg barulah dengan IT dan PC akan guna dan kat sini ada prospek hebat.
(2)Yang selebihnya kelebihan lain hanya Fazarudin yg Tahu..

so kena tanya dia kenapa nak optimize kat MSN??