BTC USD 17,234.6 Gold USD 1,798.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Traffic Blog Meningkat hasil dari kerja SEO

haniwidianti

Freshie
Messages
5
Joined
Jun 21, 2020
Messages
5
Reaction score
2
Points
8
Sebenar nya SEO tu apo jang
CEO den tahu la
Ingat nak update blog jugak
Dah lamo bersawang


saya ingin bantu jawab tetapi maaf jik anda kurang mengerti kerana saya berasal dari indonesia.

SEO itu artinya Search Engine Optimization.

SEO itu ada 2 bahagian iaitu.

1. SEO ONPAGE
2. SEO OFFPAGE

SEO ONPAGE

pertama dari sisi content, artinya kamu buat website kamu lebih teroptimasi dengan carian google. saya contohkan sedikit.. misalkan kamu target keyword "cara makan ayam".

kamu buat tittle ada kata cara makan ayam terus url juga mesti ada cara makan ayam (https://domainkamu.com/cara-makan-ayam/)

nanti anda munculkan lagi keyword di H1 dan buat artikel tersebut menjadi pilar content lebih dari 1000 Word... nanti kamu buat content tier 2 dengan keyword "cara memasak ayam" atau apapun yang penting masih berkaitan dengan pilar content, nanti berikan pautan ke artikel pilar tadi.

yang paling utama content kamu wajib lebih berkualiti daripada content yang berada di page 1 google

kemudian pakai theme yang responsive dan mempunyai speed minimum 90 di mobile check kat sini https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/ dan bila kamu mampu gunakan AMP

pastikan schema theme gak berantakan check disini https://search.google.com/structured-data/testing-tool.

OFFPAGE

kalau SEO OFFPAGE pasti tak jauh dari backlink dan untuk backlink jangan sembarangan.

pilih backlink yang mempunyai DA PA besar check di moz.com
backlink mesti berkaitan dengan artikel kamu
backlink berasal dari contextual link

saya sudah sering testing google rank, biasanya dalam 4 bulan sudah berada di page 1 memakai cara dasar diatas :ROFLMAO:

kompetisi di carian google.com.my (malaysia) dengan google.co.id (indonesia) lebih kompetitif di indonesia, kerana saya pernah testing new site dengan target google.com.my pakai content melayu walaupun bahasa melayu saya gak bagus tapi dalam setahun blog saya dapat $20.000 USD dari adsense dan MGID

di indonesia carian google sudah dikuasai raksasa internet macam kompas detik tribunnnews.. dan pelbagai website berita tamak :ROFLMAO:

sekarang kesempatan kamu untuk build authority site sebab 3 tahun kedepan new site hampir tak punya kesempatan, percayalah (y)
 
Sponsored Post

MrDisc

Active+ Member
Messages
3,036
Joined
Dec 22, 2016
Messages
3,036
Reaction score
362
Points
46
Berita SEO handal karen bangat bos...

On tak on aje nak buat SEO nie bos....

Byak bangat depa bangga dan percaya sampai kiamat sama itu media sosial bos.... :ROFLMAO:

Kita punya content 100% ciplak aje...

themes pon default standard sahaja...bukan beli dari developer punya...

Buat mlm nie 3-4 hari page 100 jek susi susanti....

Backlink kena berasal dari artikel kamu? Artikel cerita ubat kuat backlink takkan viagra jek.....:ROFLMAO:

Tak jadi mcm kompas tribunnews jadi malaya influencer jadi laa susi susanti...

saya ingin bantu jawab tetapi maaf jik anda kurang mengerti kerana saya berasal dari indonesia.

SEO itu artinya Search Engine Optimization.

SEO itu ada 2 bahagian iaitu.

1. SEO ONPAGE
2. SEO OFFPAGE

SEO ONPAGE

pertama dari sisi content, artinya kamu buat website kamu lebih teroptimasi dengan carian google. saya contohkan sedikit.. misalkan kamu target keyword "cara makan ayam".

kamu buat tittle ada kata cara makan ayam terus url juga mesti ada cara makan ayam (https://domainkamu.com/cara-makan-ayam/)

nanti anda munculkan lagi keyword di H1 dan buat artikel tersebut menjadi pilar content lebih dari 1000 Word... nanti kamu buat content tier 2 dengan keyword "cara memasak ayam" atau apapun yang penting masih berkaitan dengan pilar content, nanti berikan pautan ke artikel pilar tadi.

yang paling utama content kamu wajib lebih berkualiti daripada content yang berada di page 1 google

kemudian pakai theme yang responsive dan mempunyai speed minimum 90 di mobile check kat sini https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/ dan bila kamu mampu gunakan AMP

pastikan schema theme gak berantakan check disini https://search.google.com/structured-data/testing-tool.

OFFPAGE

kalau SEO OFFPAGE pasti tak jauh dari backlink dan untuk backlink jangan sembarangan.

pilih backlink yang mempunyai DA PA besar check di moz.com
backlink mesti berkaitan dengan artikel kamu
backlink berasal dari contextual link



Google malaysia lagi kacang dari google co id ka susi susanti?

Betul2 raksasa sahaja yg handal mcm tue....

Ngak bisa ckp begitu....kompetitif atau tidak lihat dulu cerita nya...

Kalo cerita taufik hidayat bersara dari badminton sebab sudah jumpa mata air...

Mungkin tidak sesukar cerita lee chong wei bersara akibat kanser hidung....

Kena berentap baru tau susi susanti lagi handal atau wong mei choo punya ralley lagi mantap....:D

saya sudah sering testing google rank, biasanya dalam 4 bulan sudah berada di page 1 memakai cara dasar diatas :ROFLMAO:

kompetisi di carian google.com.my (malaysia) dengan google.co.id (indonesia) lebih kompetitif di indonesia, kerana saya pernah testing new site dengan target google.com.my pakai content melayu walaupun bahasa melayu saya gak bagus tapi dalam setahun blog saya dapat $20.000 USD dari adsense dan MGID

di indonesia carian google sudah dikuasai raksasa internet macam kompas detik tribunnnews.. dan pelbagai website berita tamak :ROFLMAO:

sekarang kesempatan kamu untuk build authority site sebab 3 tahun kedepan new site hampir tak punya kesempatan, percayalah (y)
 
Last edited:

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,892
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,892
Reaction score
2,872
Points
266
Awards
1
aku sedang lewat dalam forum indonesia donk, keren dehhhh:LOL:
 

MrDisc

Active+ Member
Messages
3,036
Joined
Dec 22, 2016
Messages
3,036
Reaction score
362
Points
46
Hoho..blackhat..greyhat..whitehat...

Semua hat kaler lain2....

Kawan saya yg selalu temberang @ kelentong sama saya ckp geng lepak blackhatworld geng handal2 tapi suka bantu org....

Cuma ada cara bantu cara salah dan byk cara yang betul...

Shld be ur english is gud2 laa...

Therefore u very like to lepak2 at topihitamworld...

Kita english broken band 1 jek duduk sana xbrapa pandai bergaul...

Duduk forum melayu yg ramai handal nie pon bertatih nak cari kawan... :D

p/s: Main youtube memang boleh jadi kaya...cuma kaya dengan youtube traffik kena halal...orang cakap sama saya laa....traffik tak halal tapi kaya pon takut2 tak berkat....orang lain kata saya penipu laa....blogger tanah kubur pon akhir skali semua masuk kubur...sebelum masuk kubur kena ada ilmu kubur....Kwn blajar pasentren ckp awk mahu mintak jadi kaya boleh dapat dengan izin-NYA...cuma bila dapat itu kaya takut2 xboleh bawa berkat dan jauh itu kaya...biar miskin janji jalan cepat nanti... 🙏🙃

di indonesia blogger sudah tak popular dulu, sekarang mereka main youtube. forum blogger indonesia sudah senyap macam kubur :ROFLMAO: .. bila pengin tengok disini http://ads.id

saya lebih suka melepak di forum luar negeri di sini https://blackhatworld.com
 

rafiqhasrudin

Freshie
Messages
14
Joined
Sep 24, 2019
Messages
14
Reaction score
0
Points
3
Saya ada sedikit pengetahuan tentang SEO.
In Shaa Allah ada kesempatan saya akan kongsikan di sini.
 

rafiqhasrudin

Freshie
Messages
14
Joined
Sep 24, 2019
Messages
14
Reaction score
0
Points
3

Cara Naikkan Trafik Blog​


Assalamualaikum!

Hari ni saya nak share cara naikkan trafik blog. Dulu saya tak perasan cara ni. Sekarang baru perasan lepas trafik blog tiba-tiba naik mendadak.

Kalau ikutkan start saya buat blog darahmalaya.blogspot.com ni tahun 2010. Masa tu saja-saja buat. Cerita banyak mengarut.

Nak dikisahkan, start 2014 saya menyepi.
Lama blog ni tak update.
Sampai tahun 2019, tiba-tiba nak update. Masa tu saya share info yang bermanfaat sikit dari sebelum ni.

Sekali saya buka sekali lagi, tengok trafik mencanak-canak. Terus jadi semangat nak berblogging balik.hehehe

11 Cara Naikkan Trafik Blog​

Jadi hari ni saya share, 11 cara naikkan trafik blog.

1. Buat artikel yang bermanfaat​

Artikel yang bermanfaat yang saya buat sebelum ini ialah Cara Tukar Hak Milik Kenderaan. Posting ni sangat ramai pengunjung. Saya tak terfikir boleh ramai macam tu.

Rupanya info macam ni orang akan selalu cari.
Maka anda boleh cari info-info yang macam tu.
Info yang boleh memberi nilai kepada orang lain.

Cara Naikkan Trafik Blog.png

Graf kenaikan pengunjung 2019​


2. Pastikan blog daftar dengan GSC.​


GSC ialah Google Search Console. Dalam GSC ni kita boleh perlu submit sitemap blog kita dekat Google.

Cara Naikkan Trafik Blog 2.png

Contoh paparan Google Search Console​


Kenapa kena submit sitemap?
SANGAT-SANGAT penting submit sitemap ni untuk Google indeks kan blog kita dekat Google.

Bila orang buat carian dekat Google.
Baru orang boleh jumpa blog kita.

3. Cari keyword yang baik dan hantar ke URL ke GSC.​


Cara ketiga ialah kita boleh cari keyword yang orang ramai cari.

Macam mana nak cari?
Haa..Sebab tu perlu ada Google Search Console (GSC) tadi. Kat situ kita boleh tengok orang yang datang blog kita dia guna keyword apa.

Nanti kita ambil keyword tu, tambah 100-200 perkataan dekat posting yang kita buat. Guna keyword tersebut 2 hingga 3 kali. Dan submit semula URL dekat GSC. Dalam 3 hari macam tu, ranking kita boleh naik!

Cara Naikkan Trafik Blog 3.png

Hantar URL pada Google Search Console​


4. Terangkan dengan terperinci setiap point, kalau boleh 600 perkataan ke atas satu posting.​


Ye, setiap satu point kita tulis dalam posting pastikan terperinci.

Pembaca akan lebih mudah faham dan bacaan kita akan lebih menarik. Pembaca yang duduk lama dalam blog kita akan menyebabkan ranking kita naik.

Macam mana boleh jadi macam tu?
Tulah algoritma Google, bila Google tengok orang duduk lama dekat blog sorang tu, Google akan naikkan ranking dia.

5. Tulis posting dengan struktur yang menarik​


Macam mana nak bagi struktur menarik?
Tekniknya ialah kita dalam bentuk bukit.

Macam mana tu?
Cuba ambil tulisan kita, pusingkan 180 darjah.
Tengok jadi bentuk apa?

Kalau bentuk macam bangunan tu maknanya kurang bagus.
Kalau bentuk bukit tu sangat bagus!

Struktur macam bukit akan lebih menarik pembaca.

Cara Naikkan Trafik Blog 4.png

Contoh gambar bukit​

Mata pembaca akan lebih tenang bila lihat cara penulisan sebegini.
Bila jadi macam tu, pembaca akan lebih lama dalam posting kita.
Okay tak?

6. Perbanyakkan gambar dalam setiap posting​


Masukkan gambar yang berkaitan dengan posting kita. Pembaca akan lebih mudah faham dengan tulisan kita.

Gambar juga mainkan peranan dalam trafik blog. Pastikan kita set nama gambar tersebut dengan keyword yang kita gunakan.

Cara Naikkan Trafik Blog 5.png

Contoh nama image​


Bila orang cari keyword tersebut, melalui gambar juga pengunjung akan dapat datang ke blog kita.


7. Masukkan video untuk pengunjung lebih lama, Google akan suka.​


Salah satu algoritma Google ialah, posting yang ada 3 minit masa layanan akan berada ranking yang tinggi.

Jadi, untuk tarik pembaca blog kita untuk duduk lebih lama dalam blog ialah dengan meletakkan video. Tapi pastikan video tersebut berkaitan dengan tajuk posting kita.

Masa layanan video akan menyebabkan ranking kita naik!

8. Tulis perenggan pendek. 2 ayat 1 perenggan.​


Ini ialah satu teknik menulis. Dalam setiap perenggan, hanya buat 2-3 ayat sahaja.

Ini akan menyebabkan penulisan jadi lebih cantik. Pembaca akan duduk lama dalam posting kita.

9. Masukkan penanda wacana​


Apa tu penanda wacana?
Penanda wacana ialah kata-kata dipermulaan ayat.

Penanda wacana ini dapat memainkan peranan untuk pembaca terus membaca penulisan kita. Penulisan kita tak jadi boring dengan adanya penanda wacana ini.

Dalam posting ini saya juga gunakan penanda wacana. Anda perasan tak?

10. Link dengan website lain​


Seterusnya..
Caranya kita masukkan link ke website lain. Yang ini dipanggil external links.

Bila adanya link dalam website kita, Google akan lebih mempercayai sesuatu posting.

Bila Google percaya, ranking kita akan naik.
Jadi pastikan anda masukkan link dalam setiap posting kita.

Contohnya kita masuk link, Bukit Tinggi Pahang. Dan link kan dengan mana-mana website lain.

11. Link dengan posting lain​


Cara seterusnya ialah dengan kita masukkan link dengan posting lain yang ada dalam blog kita. Yang ini dipanggil internal links.

Internal links ini juga menyumbang dalam ranking kita. Pastikan kita tidak tertinggal untuk masukkan link dalam posting kita supaya ranking kita akan cepat naik!


Penutup


Jadi, begitulah 11 cara naikkan trafik blog yang dapat saya kongsikan kali ini.

Sekarang apa perlu anda buat?

So, sekarang bertindak untuk naikkan trafik blog anda!
Bila trafik tinggi, lebih tinggi peluang anda untuk mencapai target anda untuk blog ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menaikkan trafik blog anda..

Wassalam..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register