BTC USD 84,531.7 Gold USD 4,177.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JOM BACA DAN HAFAL SURAH ALKAHFI (1-10)

AMALAN SUNNAH HARI JUMAAT
.
1. Mandi
"Jika salah seorang di antara kalian menghadiri solat Jumaat, makan hendaklah ia mandi" (HR. Al-Bukhari & Muslim)
2. Memotong kuku
"Nabi SAW biasa mencukur kumis dan kukunya di hari Jumaat" (HR. Al-Baihaqi)
3. Berselawat
"Sesungguhnya hari yang paling mulia bagi semua ialah hari Jumaat. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti)" (HR. Abu Daud)
4. Bersedekah
"Dan tiada matahari yang terbit dan terbenam pada suatu hari yang lebih utama dibanding hari Jumaat. Bersedekah pada hari Jumaat lebih besar pahalanya daripada semua hari lainnya" (HR. Abdurrazzaq)
5. Memakai wangian
"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, memakai wangian dari rumahnya, kemudian keluar menuju masjid dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk bersebelahan), lalu dia mengerjakan solat sesuai dengan apa yang telah ditetapkan untuknya, lalu diam mendengar Khutbah akan diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat berikutnya" (HR. Imam Bukhari)
6. Berdoa
"Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan" (HR. Abu Hurairah)
7. Membaca Al-Kahfi
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat"
[HR. Al-Hakim, Al-Baihaqi)
.
Hari Jumaat, hari yang kita boleh kumpul pahala banyak-banyak dengan melakukan amalan-amalan sunnah. Jom amalkan!

1648172787455.png
 

Sunnah Baca Surah Al-Kahfi Hari Jumaat & Malam Jumaat​


29/07/2016

Surah-Al-Kahfi-1.jpg

GAMBAR HIASAN

“BARANGSIAPAÂ yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” [HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471]​

“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” [HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470]


alkahfi.png


Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka dia akan terlindungi daripada Dajjal.” [HR. Muslim no. 809]

Dalam riwayat lain pula disebutkan:Â “Dari akhir surat Al-Kahfi.” [HR. Muslim no. 809]

Imam Nawawi rahimahullah berkata: “IMAM SYAFIE dalam Al-Umm dan Al-Ashaab berkata DISUNNAHKAN membaca surat AL-KAHFI pada HARI JUMAAT dan MALAM JUMAAT.” [Al-Majmu’, 4:295] – MYNEWSHUB.CC

 
Surah AlKahfi ayat 1-10 & 10 ayat terakhir

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadith yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama : “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Hadith Riwayat ad-Darimi)

Kedua : “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarkan hadith itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

7 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
1. Terhindar dari fitnah Dajjal
Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadith Riwayat Abu Bakr bin Mardawaih)

2. Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari Allah
Dalam satu hadith dmenyatakan perkara tersebut, “Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Hadith Riwayat Ahmad).

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.

3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT
Dalam satu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”

4. Bebas Dari Gangguan Syaitan
Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan. Dalam beberapa riwayat hadith dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita. Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.

5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Ka’bah
Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).”

6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat
Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (Hadith Riwayat Al-Hakim : 2 dan Al-Baihaqi : 3)

7. Menerangi di Hari Kiamat
Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit. Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Surah Al-Hadid : 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273 Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
#surahalkahfi


1652407256373.png

1652407265795.png
 

5 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI​

1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT​

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.

(Sunan Ad-Darimi: 3273)

2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL​

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith riwayat Muslim: 1342

3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT​

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya,

“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”,

Baginda pun bersabda,

“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


4. MENCERITAKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR​

Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar, tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.

Jika diteliti, surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.

5. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN​

Secara ringkasnya, terdapat 4 kisah yang dsebutkan melalui surah Al-Kahfi iaitu:

i) Kisah penghuni gua – Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.

ii) Kisah 2 pemilik kebun – Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.

iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.

iv) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj – Mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.

Setiap kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

surah_alkahfi-1024x919.jpg


BENARKAH SURAH AL-KAHFI DIANJURKAN UNTUK DIBACA SETIAP JUMAAT?​

Berdasarkan sebuah artikel oleh Ust Abdul Rahman Iskandar melalui Majlis Ulama ISMA (MUIS), sememangnya terdapat hadis yang mensyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat.

Semua hadis berikut adalah HADIS SAHIH dan hadis tersebut juga menyatakan kelebihan membacanya pada hari Jumaat secara spesifik.

[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat].

(Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)



​

 
Back
Top
Log in Register