BTC USD 27,414.7 Gold USD 1,820.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JOM BACA DAN HAFAL SURAH ALKAHFI (1-10)

TERJEMAHAN PERKATA SURAH ALKAHFI AYAT 7

Surah-Al-Khafi-Ayat-7.jpg
 
Sponsored Post

TERJEMAHAN PERKATA SURAH ALKAHFI AYAT 10

Surah-Al-Khafi-Ayat-10.jpg


 

Dr Ahmad Sanusi

20 November 2020 ·

Amalan Ibadah Hari Jumaat
======
Rasulullah ﷺ menggalakkan kita agar memperbanyakkan berselawat dan berdoa pada hari Jumaat. Kita juga disarankan untuk membaca dan bertadabbur dengan surah al-Kahfi. Malah sebahagian ulama mengkhususkan masa mereka untuk beribadah pada hari Jumaat.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1644541683031.png

1644541692965.png

1644541701595.png

1644541709989.png
 

Sakinah Sulong

11 Februari jam 12:24 PTG ·

Hari ni hari Jumaat.

Sibuk macam mana pun, Mak selalu pesan suruh baca surah Al-Kahfi.

Surahnya agak panjang. 110 ayat.

Kebanyakannya menceritakan kisah Ashabul Kahfi dan kisah Nabi Musa berjalan dengan Nabi Khidir.
Kalau dibaca sekali harung, 30-40 minit jugak.

Tapi kalau tak sempat, 10 ayat terakhir ni baca lah, untuk melindungi daripada fitnah Dajjal di akhir zaman. Mudah sebenarnya nak dapat pahala.

Betul, kalau ikut sibuk kita ni, takkan pernah tak sibuk rasanya. Kata anak saya semalam, "Ibu nak gi mana lagi?" Saya jawab, "Ibu ada kerja. Nantilah bila ibu dah mati esok-esok, baru ibu dah takde ke mana-mana dah.."
1f605.png
1f605.png
1f605.png


Yelah, lelah kita kat atas dunia ni, bagaikan tak surut. Kalau surut pun, sekejap saja.

Moga akhirat tempat rehat kita yang abadi.

Yang sunyi daripada lelah, susah hati dan ujian yang datang pergi. Kat atas dunia ni, selagi nafas tak berhenti, selagi itulah kita akan terus diuji. Itu janji Allah, hanya orang yang beriman saja akan berlapang dada menempuhinya.

#Membebelsayang


273581260_10160005111442417_5847002554285878160_n.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register