BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JOM BACA DAN HAFAL SURAH ALKAHFI (1-10)



Bacaan Surah alKahfi


Mari ikuti bersama
Bacaan Surah Kahfi oleh Syeikh Misyari Rashid Alafasy
“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
kredit : Tadabbur Daily
 
Cara hafal surah kahfi guna Al Quran androit yang berlogo bulat...Dibawahnya ada buttom yang kita boleh sentuh untuk buat ayat berulang2...Jadi kita dengar dulu Qari yang kita pilih baca..satu ayat kita ulang 300 kali ...besok kita akan ingat Insya Allah..Sebutan kena tiru betul seperti qari baca...Selepas habis sepuluh ayat tu...Kita jumpa guru Quran untuk mendengar kita baca dan perelokkan lagi sebutan atau bacaan kita...Setelah kita bole baca dengan baik..di sahkan guru...Kita bole amalkan dalam solat...Insya Allah
 
Cara hafal surah kahfi guna Al Quran androit yang berlogo bulat...Dibawahnya ada buttom yang kita boleh sentuh untuk buat ayat berulang2...Jadi kita dengar dulu Qari yang kita pilih baca..satu ayat kita ulang 300 kali ...besok kita akan ingat Insya Allah..Sebutan kena tiru betul seperti qari baca...Selepas habis sepuluh ayat tu...Kita jumpa guru Quran untuk mendengar kita baca dan perelokkan lagi sebutan atau bacaan kita...Setelah kita bole baca dengan baik..di sahkan guru...Kita bole amalkan dalam solat...Insya Allah

bagus juga
saya dengar bacaan di youtube
lepas tu saya ikut dan hafal cara bacaan
saya guna al-quran yang ada tajwid
 

Dr Ahmad Sanusi

1j ·

Amalkan Doa Memohon Petunjuk
=======
1. Pada hari jumaat ini, kita selalu membaca Surah al-Kahfi. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi adalah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk dari Allah. Firman Allah:
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.” (Surah al-Kahfi: 10)

2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk. Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.

3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon dari Nabi Khadir agar mendidiknya supaya dia boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)

4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin: 1-2)

5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:
وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)

6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


1660267564895.png
 
Back
Top
Log in Register