BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKM Sasar Laksana 266 Program Sihat Warga Emas, Terapi OKU Menerusi Rythm

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JKM Sasar Laksana 266 Program Sihat Warga Emas, Terapi OKU Menerusi Rythm​

bb4277011ffb979c49c4dad72c53d6aa6a119bb0e77dc

fb Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyasarkan melaksanakan 266 program Sihat Warga Emas dan Terapi Orang Kelainan Upaya (OKU) menerusi Program Ritma Kehidupan Harmoni (Rythm) sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata program Sihat Warga Emas dan Terapi OKU masing-masing melibatkan 133 program itu dijangka memanfaatkan 13,300 individu dalam kalangan golongan berkenaan.

Beliau berkata program Rythm yang menerima peruntukan berjumlah RM5 juta di bawah inisiatif Belanjawan 2026 turut melibatkan pelaksanaan enam siri latihan mengikut zon yang akan memanfaatkan 2,900 peserta.

"Program Rythm bertujuan meningkatkan kesejahteraan warga emas dan OKU melalui pelaksanaan program kesihatan dan terapi di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pusat Dalam Komuniti (PDK) serta institusi kebajikan JKM di seluruh negara.

"Program ini turut memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan sosial, penjagaan holistik dan pengukuhan hubungan antara generasi dalam usaha membentuk komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan penyayang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asas Penjagaan Warga Emas dan OKU Zon Selatan sempena Program Rythm, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin negeri.

Che Murad Sayang berkata program Rythm melibatkan kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khususnya golongan belia dalam aktiviti kesukarelawanan serta perkhidmatan kebajikan.

Beliau berkata inisiatif itu bukan sahaja menyemai nilai ihsan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia, tetapi juga memperkukuh sokongan komuniti terhadap warga emas dan OKU.

Program berkenaan juga, katanya menjadi platform bagi menyatupadukan masyarakat merentasi generasi, memperkukuh jaringan sokongan sosial serta membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan penyayang.

 
Back
Top
Log in Register