BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxim Perkasa Mobiliti Golongan OKU, Warga Emas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Maxim Perkasa Mobiliti Golongan OKU, Warga Emas​

db5afe0053e3144f69b7e3b35900557a6a3f386f6b2f2

ceaf8df71cc7be6594cba47944bbc1b56a3f38cf024d9

0d08e982f39b9b4644c387501c962cbf6a3f38ebc1894

Kredit: Maxim

Platform e-panggilan Mxim mempergiat usaha meningkatkan akses pengangkutan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, kumpulan berpendapatan rendah serta komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh negara menerusi penyelesaian mobiliti mampu milik, perkhidmatan berasaskan teknologi dan kerjasama strategik.

Ketua Maxim Kuala Lumpur Syed Abdul Syarif Syed Peiaru berkata syarikat itu komited memastikan perkhidmatan pengangkutan dapat diakses semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau keadaan.

Beliau berkata pengangkutan bukan sekadar medium untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, sebaliknya menjadi pintu kepada peluang serta kebebasan hidup.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan perkhidmatan e-hailing dapat diakses komuniti inklusif di seluruh Malaysia, termasuk golongan OKU, warga emas, keluarga berpendapatan rendah, pelajar dan komuniti yang kurang mendapat kemudahan.

“Ini bagi memastikan mereka menikmati akses kepada pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai dan pada kadar berpatutan,” katanya dalam sesi soal jawab yang disediakan Maxim.

Beliau berkata mobiliti yang mudah diakses membolehkan individu terbabit lebih aktif dalam bidang pendidikan, pekerjaan, penjagaan kesihatan serta aktiviti sosial, selain membantu mengurangkan kekangan terhadap peluang dan kebebasan.

Katanya aspek kebolehcapaian kekal menjadi fokus utama syarikat kerana pengangkutan yang cekap memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat terus produktif dan kekal berhubung.

“Pengangkutan seharusnya memperkasa kehidupan rakyat,” katanya.

Syed Abdul Syarif berkata kemampuan kos dan keselesaan mempunyai kaitan rapat dengan aksesibiliti, justeru Maxim komited mengekalkan tambang pada kadar munasabah di samping memperluaskan perkhidmatan ke kawasan luar bandar serta lokasi yang kurang mendapat liputan.

 
Back
Top
Log in Register