kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Lebih Banyak Syarikat Swasta Digalak Laksana CSR Perkasa Golongan OKU
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying (kanan) bersama Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia Shaliza Mohd Sidek (dua, kanan) menandatangani plak pelancaran Program 360 Kita Bersama di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seberang Jaya hari ini.
BUTTERWORTH, 3 Ogos (Bernama) – Lebih banyak syarikat swasta digalakkan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi penyediaan kemudahan, latihan dan sokongan yang mampu meningkatkan kesejahteraan serta potensi mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata usaha itu bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama sektor swasta, komuniti, pertubuhan masyarakat dan orang ramai.
“Apabila kita berganding bahu, kita bukan sahaja membina kemudahan yang lebih baik, tetapi kita membina sebuah masyarakat lebih inklusif, dengan setiap insan dihargai dan diberi peluang untuk berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program 360° Kita Bersama di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seberang Jaya, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) Pulau Pinang Rozita Ibrahim dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Shaliza Mohd Sidek.
Lim berkata kerjasama strategik antara JKM, PPDK Seberang Jaya dan komuniti korporat seperti pengusaha stesen minyak Petron di Pulau Pinang dapat menjadi contoh serta inspirasi kepada lebih banyak syarikat swasta untuk menyumbang kepada kesejahteraan golongan OKU.
Ketika ini, Lim berkata terdapat 576 PPDK di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 22,000 peserta OKU.
Sementara itu, beliau berkata Program 360° Kita Bersama merupakan inisiatif CSR 47 pengusaha stesen minyak Petron di Pulau Pinang yang menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berkualiti tinggi berserta Sistem Rakaman Digital (DVR) kepada 24 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negeri, termasuk pemasangan, konfigurasi dan jaminan selama setahun.
Katanya, inisiatif bernilai RM62,400 itu dibiaya sepenuhnya pengusaha stesen minyak Petron di Pulau Pinang tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan daripada JKM.
“Apa yang lebih membanggakan, inisiatif ini merupakan projek perintis hasil kerjasama strategik antara Petron dan JKM yang diharapkan menjadi contoh kepada lebih banyak kolaborasi antara sektor korporat dan kerajaan dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Loading…
www.bernama.com