BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKM Perak Kenal Pasti Identiti Warga Emas Tinggal Di Hentian Bas - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JKM Perak Kenal Pasti Identiti Warga Emas Tinggal Di Hentian Bas - Exco​

f6a4db127b9c4f9e2c70788997a1a2b86a7ad50281b2e

Kredit: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengenal pasti waris warga emas dipercayai tinggal di sebuah hentian bas berhadapan klinik kesihatan awam di Greentown di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed berkata pihaknya sedang meminta bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), membuat semakan jika warga emas terbabit warga tempatan atau sebaliknya.

“Setakat ini belum ada keputusan lagi. Dia (warga emas) masih di hospital (menerima rawatan) dan disahkan mempunyai masalah penyakit mental.

“Sebenarnya pak cik tersebut sebelum ini lagi dia sudah berada di beberapa tempat, tetapi baru-baru ini kita melihat keadaannya agak kritikal yang memang tidak dapat diuruskan dan saya telah meminta bantuan daripada JKM untuk cuba menyantuni pak cik tersebut,” katanya selepas majlis penyerahan cek cura kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan berjumlah RM80,000, pada Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas dipercayai berada lebih seminggu di sebuah hentian bas berhadapan sebuah klinik kesihatan awam di Greentown di sini dibantu JKM.

Salbiah berkata tindakan segera diambil selepas pihaknya menerima maklumat mengenai keadaan warga emas berkenaan, sebelum lelaki itu ditemukan dalam keadaan tidak terurus dengan pakaian dan tubuh dipenuhi najis, selain memerlukan perhatian serta bantuan segera.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah dalam kenyataan berkata Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil maklum mengenai kes tersebut dan telah membuat pemantauan serta penyelarasan tindakan di lokasi yang memerlukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.

Beliau berkata MBI telah mengatur operasi pembersihan dan pencucian kawasan gelandangan yang kotor di lokasi tular bermula 9 pagi tadi sehingga selesai, melibatkan kawasan hentian bas di Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan CM Yusuf, sepanjang kaki lima bersebelahan 7-Eleven.

“Bagi melaksanakan operasi berkenaan, MBI menyediakan lori terbuka, petugas pembersihan serta kemudahan water jetter bagi tujuan pengumpulan dan pembuangan sisa, pembersihan kawasan serta pencucian permukaan yang terjejas,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register