BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu Ancam Kelangsungan Ekosistem, Populasi Hidupan Liar - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jerebu Ancam Kelangsungan Ekosistem, Populasi Hidupan Liar - Pakar​

2020d70845d82b07b260d127ed1b70cb6a9a9524b8397


Jerebu rentas sempadan bukan sahaja mengancam kesihatan manusia, malah memberi kesan jangka panjang terhadap kelangsungan ekosistem dan populasi hidupan liar akibat kemusnahan habitat serta gangguan sistem pernafasan.

Pakar Governan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata antara kesan ketara terhadap fauna ialah kerosakan pernafasan kronik, penurunan kadar pembiakan, dehidrasi dan kekurangan sumber makanan.

Ketua Laboratori Institut Pengajian Sains Sosial UPM itu berkata mamalia besar dan primat seperti orang utan di Borneo serta Sumatera, misalnya, berdepan ancaman jangkitan saluran pernafasan susulan kebakaran hutan yang turut menjejaskan ketersediaan sumber makanan haiwan itu.

“Jerebu ini bukan hanya memberi kesan kepada manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan.

"Asap toksik turut mengganggu kitaran hidup serangga pendebungaan seperti lebah dan kelip-kelip, selain menjejaskan taburan makanan haiwan pemakan buah seperti burung enggang,” katanya ketika menjadi tetamu program Fokus 30 terbitan Bernama Radio di sini hari ini.

Haliza berkata jerebu tebal turut mengurangkan jarak penglihatan hidupan liar, menyebabkan haiwan berisiko tersesat sehingga keluar dari habitat asal ke kawasan pinggir hutan atau petempatan manusia.

“Apabila melarikan diri daripada kebakaran atau dihimpit asap jerebu yang tebal, tenaga haiwan susut akibat dehidrasi dan kelaparan. Bila kurang air dan kelaparan, haiwan ini menjadi lemah seperti rusa, kijang dan tapir.

“Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan risiko hidupan liar menjadi sasaran mudah pemburu haram, terutama apabila penguatkuasaan lebih tertumpu kepada operasi pemadaman kebakaran dan pengurusan bencana krisis jerebu,” katanya.

Bagi mengurangkan risiko berkenaan, Haliza mencadangkan penubuhan pasukan tindak balas pantas merentas agensi melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 
Back
Top
Log in Register