BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

El Nino: Cuaca semakin ekstrem galak pembiakan nyamuk; ekosistem hidupan liar lain mungkin terjejas

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

El Nino: Cuaca semakin ekstrem galak pembiakan nyamuk; ekosistem hidupan liar lain mungkin terjejas​

mosq.jpg

Nyamuk Aedes aegypti digambarkan di makmal. (Gambar fail: AFP/Luis Robayo)

SINGAPURA: Ketika El Nino menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih ekstrem, ramai mungkin menjangkakan hidupan liar terjejas - namun haiwan yang mendapat manfaat mungkin antara yang paling tidak dialu-alukan.

Nyamuk sudah pun semakin membiak dalam iklim tropika dan persekitaran bandar Singapura yang padat, manakala lipas sangat mudah menyesuaikan diri. Burung-burung seperti burung merpati pula boleh bergantung pada makanan serta prasarana yang disediakan manusia.

IKLAN

Namun, hidupan liar lain tidak mempunyai kelebihan yang sama.

Cuaca panas berpanjangan boleh menjejas kejayaan pembiakan burung, selain mengganggu kitaran hidup serangga dan menyukarkan haiwan yang bergantung kepada serangga untuk mendapatkan makanan, kata pakar kepada Mediacorp.

Satu kajian pada 2025 yang menganalisis kes demam denggi selama lebih dua dekad di Singapura mendapati risiko denggi meningkat ketika fenomena El Nino lebih kuat, berdasarkan model yang turut mengambil kira suhu dan taburan hujan tempatan.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), iklim tropika dan kepadatan penduduk Singapura "mewujudkan keadaan ideal bagi nyamuk sepanjang tahun", manakala cuaca lebih panas boleh meningkatkan jumlahnya dengan mempercepat kitaran hidup dan pembiakan virus.

El Nino tahun ini dijangka membawa cuaca lebih panas dan kering di Singapura dari Jun hingga Oktober, serentak dengan musim kemuncak denggi yang lazimnya berlaku dari Mei hingga Oktober.
Gambar fail burung merpati di kolong blok HDB. (Gambar: iStock/WC Tan)
Lipas yang seolah-olah tidak dapat dimusnahkan, sebagai antara serangga perosak yang paling meluas dan mudah menyesuaikan diri di dunia, merupakan antara haiwan yang mendapat manfaat.

IKLAN

Sementara itu, spesies burung yang hidup rapat dengan manusia seperti burung tiong (myna) dan merpati juga berkemungkinan terlindung daripada keadaan El Nino kerana tinggal berhampiran prasarana manusia, kata ahli ornitologi Movin Nyanasengeran, pensyarah di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Oleh kerana burung-burung ini tidak bergantung pada sumber makanan semula jadi dan sebaliknya boleh bergantung pada sisa makanan manusia, sumber makanan serta jumlahnya akan kekal stabil sama ada musim monsun berlaku atau tidak, tambah beliau.

Namun, bagi hidupan liar yang masih bergantung pada sumber makanan semula jadi, kesan cuaca lebih panas dan kering boleh merebak dan menjejas ekosistem.

Gelombang haba yang berterusan dan jauh lebih tinggi daripada suhu biasa akan menjejas kejayaan pembiakan banyak spesies burung, kerana ia meningkatkan kadar kematian dan menyebabkan kegagalan pembiakan, kata Profesor Madya Frank Rheindt.
Seekor burung sepah puteri merah (scarlet-backed flowerpecker) di Taman Pasir Ris pada 23 Julai 2026. (Gambar: Young Tan)
Keadaan lebih panas boleh mengurangkan jumlah dan jenis serangga pada waktu siang, kerana ia berundur ke kawasan hutan yang lebih sejuk dan terlindung atau menjadi aktif pada waktu malam.

Jika jumlah serangga merosot, "ia memberi kesan susulan kepada burung, kelawar, mamalia lain dan hidupan yang turut makan serangga", kata Profesor Madya Eleanor Slade.

IKLAN

Menurut pakar, kebimbangan utama adalah apabila keadaan cuaca menjadi terlalu ekstrem atau tidak menentu.

 
Back
Top
Log in Register