BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Industri Sawit Dan Konservasi Seiring, Tidak Ancam Hidupan Liar - MPOGCF

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
d8e1bc9ccbc6c0d3f7d3f3dbbb5621926982a116597cd

Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) Hairulazim Mahmud.

Kewujudan ladang kelapa sawit di negara ini tidak mengancam populasi orang utan, sebaliknya mamalia itu menunjukkan keupayaan untuk beradaptasi dan hidup dalam landskap perladangan, kata Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) Hairulazim Mahmud.

Beliau berkata dakwaan bahawa industri sawit memusnahkan habitat orang utan sering dimainkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa menerusi kempen antisawit di Eropah sehingga memberi kesan negatif kepada industri sawit tempatan dan global.

Namun, katanya, realiti sebenar adalah berbeza apabila kajian saintifik mendapati orang utan di Malaysia bukan sahaja menggunakan kawasan ladang sebagai laluan pergerakan, malah membina sarang serta mencari makanan di persekitaran berkenaan.

“Selain kajian tempatan, terdapat juga kajian NGO antarabangsa seperti HUTAN yang menunjukkan orang utan di Sabah sudah mula berasimilasi dengan ladang sawit.

“Menerusi penggunaan dron dan helikopter di sekitar ladang, beberapa sarang orang utan dikesan di atas pokok sawit yang dianyam kemas menggunakan daun pokok berkenaan. Justeru, dakwaan pihak Barat bahawa ladang sawit kononnya menghapuskan habitat orang utan adalah tidak tepat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Hairulazim, selain orang utan, gajah juga sering memasuki kawasan ladang sawit, khususnya ketika musim penanaman semula, berikutan umbut sawit menjadi antara makanan kegemaran mamalia besar itu.

Katanya pokok sawit yang ditebang mengeluarkan bau yang boleh dihidu gajah dari jarak sehingga 18 kilometer.

“Kebiasaannya, kehadiran kumpulan gajah ini dibiarkan dengan pemantauan pihak ladang selagi tidak mengganggu aktiviti lain. Namun, sekiranya berlaku konflik, haiwan berkenaan akan dipindahkan menggunakan pendekatan selamat dan beretika berpandukan garis panduan pihak berkuasa termasuk MPOGCF.

 
Back
Top
Log in Register