BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditahan Miliki Hidupan Liar Tanpa Dokumen Sah Di Kota Bharu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,772
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,772
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Ditahan Miliki Hidupan Liar Tanpa Dokumen Sah Di Kota Bharu​

6d0d70d64744d353f3b6fe0416a30bf66a925def993f7

Kredit: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Pihak berkuasa menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki beberapa spesies hidupan liar tanpa dokumen yang sah dalam serbuan di sebuah premis oleh Wildlife Crime Unit Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama dengan Polis Marin Wilayah 3 di sini pada 23 Ogos lepas.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita beberapa hidupan liar termasuk burung ayam-ayam, Merbah Luris Leher dan burung Helang Siput dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM36,350.

Perhilitan dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan yang merupakan penghuni premis ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," menurut kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan dengan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya kepada Hotline Perhilitan menerusi talian 1-800-88-5151 atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam Perhilitan, iaitu www.wildlife.gov.my.

 
Back
Top
Log in Register