BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JBPM Kelantan Perketat Pemantauan "Homestay", Hotel Bajet Pastikan Keselamatan Kebakaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

JBPM Kelantan Perketat Pemantauan "Homestay", Hotel Bajet Pastikan Keselamatan Kebakaran​

6c1871153e15113c989a03ad4b40e7a96a51fd31810ba

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah (enam kanan) bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan Farhan Sufyan Borhan (empat kanan) melihat peralatan yang disumbangkan oleh JBPM Kelantan kepada Bomba Komuniti Pulau Teluk Renjuna pada Kempen Keselamatan Kebakaran dan Fire Point Bomba Komuniti Pulau Teluk Renjuna, Tumpat hari ini.

--fotohERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan mempergiat pemantauan terhadap inap desa (homestay), hotel bajet dan rumah tumpangan di negeri ini tahun ini bagi memastikan semua premis berkenaan mematuhi aspek keselamatan kebakaran.

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata tumpuan diberikan kepada premis yang dijadikan inap desa memandangkan kebanyakannya dipercayai tidak berdaftar, sekali gus menyukarkan pemantauan dari aspek keselamatan kebakaran.

“Kita akan melihat dan meneliti maklumat daripada pelbagai platform tempahan dalam talian seperti Booking.com dan Agoda bagi mengenal pasti premis yang dijadikan inap desa untuk memastikan aspek keselamatan kebakaran dipatuhi.

“Setakat ini belum ada kes kebakaran melibatkan penghuni inap desa di negeri ini, namun JBPM mengambil langkah awal dengan memberi amaran kepada pemilik supaya memenuhi keperluan keselamatan kebakaran sebelum sebarang insiden berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang media Kempen Keselamatan Kebakaran dan Fire Point Bomba Komuniti di Pulau Teluk Renjuna di sini hari ini.

Beliau berkata pemilik inap desa sekurang-kurangnya perlu menyediakan alat pemadam api serta mempamerkan panduan penggunaannya bagi membolehkan penghuni bertindak segera sekiranya berlaku kebakaran.

Farhan Sufyan berkata penyediaan alat pemadam api merupakan keperluan asas yang mampu membantu mengawal kebakaran pada peringkat awal sebelum ketibaan pasukan bomba.

Mengulas pelaksanaan penguatkuasaan, beliau berkata JBPM akan turun padang bagi mengesan premis yang beroperasi sebagai inap desa namun mengakui terdapat pemilik yang kurang memberikan kerjasama.

“Ada yang tidak menjawab panggilan telefon atau tidak hadir apabila temu janji ditetapkan kerana mungkin bimbang dikenakan tindakan.

“Sebenarnya isu pendaftaran  inap desa bukan di bawah bidang kuasa bomba. Tanggungjawab kami ialah memastikan premis yang telah ditukar fungsi daripada rumah kepada inap desa memenuhi aspek keselamatan kebakaran,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register