BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Dukung Arab Saudi Pastikan Keselamatan Makkah - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Dukung Arab Saudi Pastikan Keselamatan Makkah - Anwar​

d44a693626311d9dc545698d2b7ecb5b6aaa6726b6576


Malaysia menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan memintas sebuah dron berhampiran Makkah al-Mukarramah dan menegaskan sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam itu tidak boleh diterima sama sekali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara.

"Saya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah.

"Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata Malaysia menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah.

 
Back
Top
Log in Register