BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JBPM Laksana Penguatkuasaan Keselamatan Kebakaran Secara Berterusan Elak Tragedi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9fb5d579d5f29b40b0fd0e23374b3d1669785cf501b89

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan penguatkuasaan keselamatan kebakaran secara berterusan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini seperti kebakaran pangsapuri di Hong Kong, tahun lepas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk kawal selia bahan, peralatan dan sistem perlindungan kebakaran serta pensijilan pepasangan agar hanya produk mematuhi piawaian dibenarkan digunakan.

Beliau berkata Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) turut menetapkan bangunan kediaman pangsapuri reka bentuk terbuka melebihi 40 tingkat atau 120 meter perlu dilengkapi sistem keselamatan seperti semburan atau sprinkler automatik, sistem gelung hos, penggera kebakaran, interkom bomba dan pusat kawalan kebakaran.

Penguatkuasaan itu dilakukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan dilaksanakan melalui pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) termasuk terhadap Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB).

“Dari 2023 hingga 2025, sebanyak 1,537 pemeriksaan dijalankan dengan 416 premis dikenal pasti tidak patuh, menyaksikan 7,648 notis dikeluarkan. Bagi 2026 JBPM telah menetapkan sasaran pemeriksaan MBK sebanyak 850 premis melibatkan rumah kediaman pangsapuri di seluruh negara,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai sejauh mana persediaan KPKT menangani kebakaran teruk seperti yang berlaku di Hong Kong berikutan peningkatan bangunan pencakar langit di negara ini.

Aiman Athirah berkata JBPM juga menempatkan 20 jentera Aerial Ladder Platform (ALP) di lokasi strategik dan akan menerima tambahan 30 jentera Fire Rescue Tender serta 37 Compact Fire Rescue Tender tahun ini, selain memohon perolehan 10 Light Turntable Ladder bagi memperkukuh kesiapsiagaan.

“JBPM juga menjalankan kolaborasi strategik dengan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia yang melibatkan Menara Berkembar Petronas, Menara Exchange 106, Four Seasons Place Kuala Lumpur, Menara Telekom, Menara Merdeka 118 dan Menara Kuala Lumpur bagi meningkatkan sistem keselamatan berteknologi tinggi, latihan simulasi dan prosedur operasi kecemasan,” katanya.

Kebakaran pangsapuri Wang Fuk Court di Tai Po, Hong Kong pada 26 Nov lepas telah meragut 168 nyawa dan menyebabkan hampir 5,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

 
Back
Top
Log in Register