BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JBPM Ingatkan Orang Ramai Tidak Lakukan Pembakaran Terbuka Elak Kebakaran

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80
3329319577adef9d7a092e29ac30561269ed88a47de70

Kredit: FB - Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak berlaku kebakaran yang menjejas alam sekitar serta kemusnahan harta benda.

Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad berkata sebanyak 1,420 kes kebakaran terbuka telah direkodkan di seluruh negeri dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.

Beliau berkata daerah Kuala Nerus mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 252 kes, diiikuti Kemaman (236 kes);  Dungun (205 kes); Marang (204 kes); Besut (179 kes); Kuala Terengganu (168 kes); Setiu (144 kes) dan Hulu Terengganu (32 kes).

"1,121 kes melibatkan kebakaran belukar dan lalang, hutan (139 kes); kebun (16 kes) dan lain-lain kebakaran terbuka (144 kes).

"Statistik menunjukkan trend peningkatan. Ia menggambarkan risiko kebakaran yang tinggi serta keperluan tindakan pencegahan segera oleh semua pihak bagi mengelak kejadian menjadi lebih serius dan tidak terkawal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Nor Mahathir berkata pihaknya telah mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk membuat hebahan di masjid dan surau seluruh negeri.

Katanya, aktiviti pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling yang boleh didenda sehingga RM500,000, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

 
Back
Top
Log in Register