BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MADA Pergiat Pemantauan, Pastikan Bekalan Baja Padi Kepada Pesawah Dipercepat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MADA Pergiat Pemantauan, Pastikan Bekalan Baja Padi Kepada Pesawah Dipercepat​

b26854f26c4c2a486775c6321d823473670764f020026

--fotoBERNAMA

ALOR SETAR, 18 Ogos (Bernama) – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terus mempergiat pemantauan bagi memastikan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di kawasannya dipercepat susulan kelewatan pembekalan oleh pihak pembekal.

MADA dalam kenyataan memaklumkan setakat hari ini, sebanyak 22 peratus, iaitu 137,560 beg Baja Padi 3 telah dibekalkan berbanding keperluan keseluruhan sebanyak 616,015 beg.

“Daripada jumlah itu, masih terdapat baki sebanyak 478,455 beg yang perlu dibekalkan bagi memenuhi keperluan 38,000 pesawah yang melibatkan keluasan tanaman sekitar 78,117 hektar.

“MADA memandang serius kelewatan ini khususnya apabila pembekalan baja berlaku pada tempoh kritikal pertumbuhan tanaman padi,” menurut kenyataan itu.

MADA berkata kira-kira 52,000 hektar tanaman kini berada pada peringkat 31 hingga 75 Hari Lepas Tabur (HLT), iaitu tempoh yang memerlukan aplikasi Baja Padi 3 bagi menyokong pembentukan tangkai dan pengisian biji padi.

Menurut kenyataan itu, MADA turut mengeluarkan peringatan berhubung pematuhan terhadap syarat kontrak dan mengarahkan pihak pembekal mengemukakan jadual pembekalan secara harian dan mingguan bagi membolehkan pemantauan dibuat dengan lebih rapat.

“Aspek kualiti baja turut diberikan perhatian serius. Analisis makmal telah dilaksanakan dan mendapati terdapat ketidakseragaman kualiti fizikal baja, khususnya dari aspek saiz butiran dan kandungan habuk.

“Sehubungan itu, tindakan pembetulan turut dituntut daripada pihak pembekal bagi memastikan baja yang dibekalkan memenuhi spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MADA memaklumkan pembekalan disambung semula hari ini oleh pihak pembekal dengan kapasiti sebanyak 15,200 beg.

 
Back
Top
Log in Register