Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,782
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,782
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
MADA Komited Pastikan Pesawah Terima Bekalan Baja
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) komited memastikan setiap pesawah di kawasannya menerima bekalan baja mengikut fasa pertumbuhan padi demi menjamin produktiviti dan hasil tanaman yang optimum.
Cawangan Komunikasi Korporat MADA dalam kenyataan memaklumkan bagi keperluan fasa awal dan pertengahan pembesaran padi, bekalan Baja Sebatian (Padi 1) dan Baja Urea 46 peratus nitrogen telah diterima sepenuhnya pada peringkat MADA dan proses agihan berjalan lancar.
“Pembekalan Padi 1 mencatatkan penerimaan penuh 100 peratus, iaitu sebanyak 1,105,873 beg, dan proses pengedaran terus kepada pesawah di semua wilayah telah selesai sepenuhnya.
“Bekalan Baja Urea 46 peratus nitrogen pula, ia juga telah diterima 100 peratus, iaitu sebanyak 413,777 beg, dengan sebanyak 91 peratus atau 374,576 beg selesai diagihkan kepada pesawah, manakala selebihnya sedang giat diedarkan mengikut jadual,” menurut kenyataan itu.
Menurut MADA, pihaknya juga mengambil maklum mengenai status pembekalan Baja NPK Tambahan (Padi 3) yang mengalami sedikit kelewatan, namun bagi meminimumkan impak kepada pesawah MADA telah mengagihkan 122,360 beg secara terus kepada pesawah mengikut keutamaan kawasan.
“Pihak MADA kini sedang berurusan secara intensif dengan pembekal berkaitan bagi memastikan baki bekalan Padi 3 ini dapat diselesaikan dan dihantar ke kawasan MADA dengan secepat mungkin.
“MADA akan terus memantau rapi prestasi pengagihan di semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan memohon para pesawah untuk sentiasa berhubung dengan pegawai MADA di PPK bagi mendapatkan maklumat agihan Padi 3 yang terkini,” menurut kenyataan itu.