BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaslinda Saludin - Pendaki hilang di Gunung Batu Putih, operasi SAR diteruskan

Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR​

9a4298adb7c6d8bbcb1075aa6bfb1b626a1938b9dec31

329538b84adb9ff01ba3d8f20bbf3cc46a1939614011c

2d82102a1b660dc74a9774ce4eb0c1066a1939772bc51

Kredit JBPM Perak

Pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang atau dron digunakan hari ini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah, sejak 23 Mei.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata seorang pengendali dron, turut dihantar bersama pasukan penyelamat hari ini ke lokasi SAR.

“Pengendali dron dihantar bagi tujuan kerja-kerja pengawasan dan pencarian di lokasi melibatkan cerun, tebing dan lokasi yang sukar dimasuki pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jumlah anggota penyelamat yang dihantar menerusi pesawat AW139 ke lokasi SAR hari ini seramai 16 orang, manakala jumlah pasukan penyelamat dibawa keluar ialah 19 orang daripada JBPM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan (MGP), yang masuk pada Rabu lepas.

Selain itu, Sabarodzi berkata SAR hari ini turut melibatkan pergerakan pasukan PGA dan MGP, yang masuk melalui jalan darat di Pos Musoh menuju ke Sungai Ayer Busok melibatkan keanggotaan seramai 18 orang.

Sabarodzi berkata pasukan SAR perlu menempuh laluan sempit dan berliku sepanjang pencarian.

Semalam, Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon memaklumkan SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air.

Sebelum ini, pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).

 

"Jumpa botol air" | JASLINDA HILANG - BANYAK PETUNJUK SUDAH DITEMUI​

Sudah memasuki hari ke tujuh, namun Jaslinda Saludin masih belum ditemukan walaupun pelbagai aset udara dan darat digerakkan. Dimanakah jaslinda masih menjadi misteri dan tiada jawapan yang pasti.

Semestinya kita tidak mahu tragedi kehilangan acap pada 2019 berulang kembali dan tragedi keatas Allahyarham nur Izzati juga terjadi. Semoga Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat. Sekian terima kasih


 

Pendaki Hilang: Tulisan Di Tanah Bukti Jaslinda Telah Sampai Puncak Gunung​

2ff3e8c5c6a69cf47c3dcf0eb0060b1f6a198e8528902

Foto: Malim Gunung

Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.

Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung.

“Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana. Dia cuma maklum dia kata dia dah sampai puncak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hafiz menjelaskan bahawa tulisan tertera “HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan mangsa berikutan telefon bimbit milik Jaslinda telah kehabisan bateri sejak pada peringkat awal pendakian lagi.

“Kemungkinan dia (Jaslinda) sampai (puncak Gunung Batu Putih) 10 pagi (pada 24 Mei lepas), saya sampai kira-kira 10.45 pagi, saya sedar benda itu (ukiran tulisan tersebut) sekitar 11 pagi. Jadi, dia nak maklumkan dia dah sampai puncak itu kepada saya,” katanya.

Hafiz berkata dia kemudian mengambil gambar tersebut dengan telefon bimbitnya.

Terdahulu, pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang atau dron digunakan hari ini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih, sejak 23 Mei.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon memaklumkan SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

 
401121-401121.jpg


Malim gunung, suami Jaslinda disoal siasat bantu operasi SAR


TAPAH – Seramai tujuh individu termasuk malim gunung dan suami pendaki, Jaslinda Saludin, 49, disoal siasat bagi membantu siasatan susulan kehilangan wanita itu di Gunung Batu Putih pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail berkata, setakat ini, soal siasat tersebut menjurus kepada elemen bagi membantu operasi dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Kita melakukan soal siasat ke atas enam malim gunung termasuk suami Jaslinda iaitu Haszman Othman, 61.

“(tindakan) Ini bagi membantu operasi SAR, bahkan kita akan bertukar maklumat dengan bomba. Setakat ini hasilnya adalah positif,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, di sini hari ini.

Mohd. Fadzil berharap, operasi bersepadu dan terancang ini boleh menemukan Jaslinda yang telah hilang selama lebih 72 jam

Artikel Kosmo Online
 

Pendaki Hilang: Lapan Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM​

3757b586b38a3b106b3dcba242808f8d69f86e2875486

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak 23 Mei lepas.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.

Beliau berkata lapan lagi anggota dihantar ke puncak gunung pagi tadi bagi membolehkan proses penggiliran pasukan penyelamat dilaksanakan.

"Kita masih meneruskan operasi sejak 24 Mei lepas. Hari ini kita hantar lagi lapan anggota ke puncak bagi membolehkan penggiliran dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Qurban Kasih JBPM 2026, di sini hari ini.

Nor Hisham berkata berdasarkan pengalaman operasi terdahulu dan keadaan persekitaran gunung yang berbeza berbanding kawasan laut, pihaknya ketika ini tidak bercadang menghentikan operasi pencarian.

"Berdasarkan pengalaman kita dan keadaan persekitaran yang berbeza, gunung tidak sama seperti laut. Buat masa ini kita tidak mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Pencarian masih diteruskan, insya-Allah," katanya.

Sebelum ini, Jaslinda, 49 dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei pada 7.30 pagi.

Program Qurban Kasih anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu disempurnakan Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah Sabu.

 

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Ambil Cip Kamera Pengawasan Kesan Jaslinda​

2e49b5620324bd55fca841f2f327a4486a1a8e7400ba3


Pasukan penyelamat mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih di sini bagi memantau sekiranya pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak seminggu lepas ada dikesan melintasi kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata tugasan oleh Pasukan Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu digerakkan bersama 16 anggota penyelamat.

Beliau berkata mereka dihantar masuk pagi ini ke lokasi pencarian menggunakan pesawat AW139 ke puncak gunung dan winching point terbaharu di Kem Kantoi.

"Pasukan Pelindung (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui laluan kamera pengawasan tersebut.

“Jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang masuk dan berada di lokasi pencarian adalah 50 orang pada pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Persatuan Malim Gunung Negeri Perak menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan operasi mengesan mangsa turut mendapat sokongan serta bantuan komuniti malim gunung dari luar negeri yang hadir bagi memperkuatkan misi pencarian.

“Mohon doa anda semua moga Jaslinda dapat ditemukan secepat mungkin. Pencarian OH (orang hilang) kali ini amat mencabar kerana radius pencarian berkisar di sekitar 3,000 ke 7,000 kaki ketinggian dan sangat luas, setakat ini semua pihak mencuba yang terbaik,” menurut hantaran itu.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).

 
14241054895616101-401264.jpg

14241054895616101-401265.jpg

14241054895616101-401266.jpg

14241054895616101-401267.jpg

14241054895616101-401268.jpg

14241054895616101-401269.jpg


Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa


IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.


Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan.

"Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).

Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.

Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.

Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.

Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.

Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.


Artikel Sinar Harian
 
14241113997217141-401312.jpg

14241113997217141-401313.jpg

14241113997217141-401314.jpg


#Tapah #Perak Pegawai Unit Dron JBPM Perak, Mohamad Safwan Abd Halim mengalami kecederaan kaki dan lutut ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, menggunakan dron di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) Bomba di Batalion 3 PGA, Bidor, hari ini.

📸fotoBERNAMA

#BernamaNews
 

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka​

b2eceb0aa49c34940375a8441fb57da76a1ac5f22e90a

f366e2aa092fa3f6a1e69baba656c9276a1ac572d0be8

Datuk Sayani Saidon

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang Jaslinda Saludin, 49, disahkan bergerak menuju ke Kem Sukaneka di Gunung Batu Putih dekat Tapah, berdasarkan petunjuk penting daripada rakaman kamera pengawasan hidupan liar yang diperoleh hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata petunjuk terbaharu itu, diperoleh selepas cip kad memori daripada dua unit kamera pengawasan di puncak gunung diambil pada 10.15 pagi tadi.

“Terdapat rakaman imej mangsa (Jaslinda) telah melintasi Kamera 1 pada 11.22 pagi bertarikh 24 Mei 2026. Terdapat juga rakaman imej lapan anggota STORM JBPM dan seorang Malim Gunung Perhutanan melintasi Kamera 1 pada 5.15 petang, 25 Mei 2026, manakala tiada sebarang rakaman imej mangsa berpatah balik melintasi Kamera 1 itu.

“Bagi Kamera 2, tiada sebarang rakaman imej mangsa atau pasukan penyelamat melintasi Kamera 2 yang menuju Gunung Batu Bujang pada tarikh 24 dan 25 Mei. Sehubungan dengan itu, laluan ini disahkan tidak dilalui mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penemuan pada Kamera 1 itu menyokong hujah bahawa mangsa memang bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka, seperti penemuan jejak tapak kasut dan botol air sejak awal pencarian.

Sayani berkata terdapat dua simpang jalan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka, laluan ke water point atau punca air.

“Laluan ke water point telah dihalang dengan laluan kayu bagi menandakan ia bukan trek laluan. Rakaman Kamera 1 dapat menyokong hujah bahawa mangsa memang bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka,” katanya.

Sementara itu, Sayani memaklumkan Pegawai Unit Dron JBPM Perak Mohamad Safwan Abd Halim telah mengalami kecederaan di peha, lutut dan buku lali setelah menjalankan pencarian bermula semalam, melibatkan lokasi dari Kem Kantoi menuju alur air ke Sungai Ayer Busok, serta menyusur sungai tersebut sejauh satu kilometer.

Beliau berkata Mohamad Safwan bersama tiga lagi penyelamat yang menghentikan pencarian di Puncak 2085 selepas bergerak membuat pencarian di sekitar Simpang Ite, telah dibawa keluar menggunakan teknik winching oleh pesawat AW139.

 

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan​

738dfa2bc9b3fbe183c4bcc21011fd4d6a1bfec90ea02

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah Jaslinda Saludin sedang mengumpul keanggotaan tambahan sebagai perancangan sekiranya memerlukan tindakan bersepadu serta menyeluruh di sektor pencarian ditetapkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 21 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada 13 bomba, petugas Jabatan Perhutanan (tiga) dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) (lima) berada dalam sektor pencarian di gunung itu.

“Komunikasi dengan pasukan penyelamat masih terputus dipercayai disebabkan berada di kawasan lembah dan terhalang liputan komunikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Sayani berkata pada 1.13 pagi, sebanyak 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah keluar dari kawasan operasi melalui Pos Musoh manakala lima lagi terdiri daripada seorang anggota bomba dan empat petugas Jabatan Perhutanan keluar melalui Pos Kuala Woh pada 2.12 pagi.

Sayani berkata enam anggota JBPM telah tiba di puncak Gunung Rayu dan berada dalam keadaan baik, mempunyai bekalan makanan serta minuman yang mencukupi dan mendapat rehat secukupnya.

“Bagaimanapun, pasukan di lapangan mengalami kekangan komunikasi kerana kawasan operasi tidak mempunyai liputan telekomunikasi menyebabkan mereka tidak dapat menghantar laporan secara terus kepada pegawai bertugas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata maklumat daripada pasukan SAR pada 12.30 tengah hari tadi memaklumkan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan Bukit Berapit 2 telah diperiksa, namun tidak menemukan sebarang imej mangsa di laluan itu.

Pasukan SAR  dan anggota Perhilitan telah bergerak ke lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu bagi mengambil satu lagi kad memori untuk dianalisis.

“Lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu terletak kira-kira satu kilometer di luar laluan trek Sukaneka-Gunung Rayu-Bukit Berapit-Pos Musoh, namun pemeriksaan tetap dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa tersasar dari laluan utama dan melalui laluan kamera itu.

 
Back
Top
Log in Register