BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAS Kedah Terima 142 Aduan Pembakaran Terbuka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
768119efebbeb8ebdb2d1a53b335189d69c2415004f4b

Kredit JAS Kedah

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menerima 142 aduan yang melibatkan pembakaran terbuka dari 1 Jan hingga 22 Mac lepas sekali gus menunjukkan trend peningkatan aktiviti itu di seluruh negeri.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata namun, bilangan sebenar pembakaran terbuka yang berlaku itu dijangka jauh lebih tinggi kerana bukan semua aktiviti berkenaan diadukan kepada pihaknya.

“Situasi ini amat membimbangkan memandangkan keadaan cuaca kering yang sedang melanda, aktiviti itu boleh menyebabkan kebakaran mudah merebak dan sukar dikawal, ditambah pula dengan punca air yang semakin terhad.

“Pembakaran terbuka tidak terkawal ini boleh menyebabkan risiko pencemaran udara yang buruk serta risiko keselamatan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata bagi menangani isu itu secara agresif, JAS Kedah telah mempertingkat pemantauan di lapangan dengan melaksanakan sebanyak 109 rondaan penguatkuasaan dalam tempoh sama.

“Rondaan diteruskan semasa musim perayaan ini dan JAS Kedah sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan sering mengalami insiden pembakaran terbuka.

“Langkah ini untuk mengesan punca pembakaran di peringkat awal, terutama di kawasan tapak pelupusan sisa, pertanian dan perumahan. Rondaan ini juga untuk memberi kesedaran dan amaran terus kepada masyarakat tentang bahaya pembakaran terbuka terhadap alam sekitar dan kesihatan awam,” katanya.

Dalam pada itu, ​Sharifah Zakiah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat yang dikesan melakukan kesalahan tersebut.

“JAS Kedah kini dalam proses tindakan perundangan terhadap beberapa  kes pembakaran terbuka yang telah dikesan sebelum ini, termasuk  di tapak  pelupusan sampah haram di Baling. Pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 
Back
Top
Log in Register