BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kompaun, Tindakan Undang-undang Diperkasa Kekang Pembakaran Terbuka

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146

Kompaun, Tindakan Undang-undang Diperkasa Kekang Pembakaran Terbuka​

c9e191958d2d63c03a36f5f6225a617f6a052f8420b0d

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan

Sudah tiba masanya pendekatan penguatkuasaan, termasuk kompaun dan tindakan undang-undang dipertingkatkan bagi membendung isu pembakaran terbuka yang semakin membimbangkan di Kelantan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata pendekatan berbentuk kempen kesedaran semata-mata dilihat tidak lagi mencukupi berikutan kes berkenaan masih lagi berlaku.

“Pada tahun ini, kami mengutarakan kepada agensi-agensi tertentu supaya tidak lagi mengadakan kempen kesedaran semata-mata tetapi cuba mengambil tindakan penguatkuasaan.

“Memberi amaran, kompaun ataupun denda kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka supaya menjadi pengajaran kepada orang awam lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Farhan Sufyan berkata sepanjang tahun lepas, JBPM Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran berkaitan bahaya aktiviti itu, namun kegiatan itu masih berlaku.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian jabatan, kebanyakan pembakaran terbuka dilakukan secara sengaja bagi tujuan pembersihan kawasan serta pembukaan tanah pertanian ketika musim kering.

“Dengan musim kering ini, ada yang mengambil kesempatan kerana kos pembakaran terbuka lebih murah berbanding menggunakan kaedah pembersihan lain.

“Pihak kami turut dimaklumkan bahawa JAS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka beberapa kertas siasatan berkaitan kes berkenaan di negeri ini,” katanya.

Farhan Sufyan berkata walaupun JBPM tidak mempunyai peruntukan undang-undang khusus untuk mengambil tindakan terhadap pembakaran terbuka, akta sedia ada di bawah JAS, pihak berkuasa tempatan dan PDRM sudah memadai untuk tindakan penguatkuasaan.

 
Back
Top
Log in Register