BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

119 Kes Pembakaran Terbuka Di Dungun - Bomba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
b848fce27807fa628529e0f51e1f3987671ce6cc6ca3a

-- Gambar hiasan

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun merekodkan 119 kes pembakaran terbuka tanpa kawalan dari tempoh Januari lepas hingga semalam.

Ketua BBP Dungun Penolong Penguasa Bomba II Yahaya Hanafi berkata daripada jumlah itu, 12 kes diterima pada Januari, 17 kes (Februari), 40 kes (April) dan diikuti 50 kes pada Mei lepas.

"Ia berpunca daripada tindakan segelintir penduduk yang dikesan melakukan aktiviti pembakaran terbuka tanpa kawalan pada musim panas dan kering hingga api merebak ke kawasan semak dan hutan berdekatan kediaman," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata aktiviti pembakaran terbuka tanpa kawalan itu amat berbahaya terutama pada musim panas kerana api mudah merebak dan sukar dikawal.

Dalam pada itu, Yahaya berkata kebakaran hutan paya gambut melibatkan kawasan seluas 20 hektar di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang di sini yang berlaku sejak Sabtu lepas, juga dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di kawasan berdekatan.

Beliau berkata kesemua 26 anggota dari BBP Dungun kini dibekukan cuti untuk operasi memadam kebakaran di hutan paya gambut di Kampung Rhu Batil itu.

"Sebahagian mereka juga terpaksa bergegas ke lokasi lain sekiranya menerima panggilan kecemasan," katanya.

Selain itu, beliau berkata anggota bomba semalam berjaya memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 80 hektar di Pengkalan Jering, Che Lijah di sini yang telah berlarutan sejak dua minggu lepas.

Yahaya turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka memandangkan cuaca panas dan kering ketika ini boleh mengakibatkan kebakaran lebih serius serta berbahaya.

 
Back
Top
Log in Register