BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalaluddin dakwa kerjasama BN-PN semakin kukuh, berpeluang menang PRN NS

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Jalaluddin dakwa kerjasama BN-PN semakin kukuh, berpeluang menang PRN NS​

db4d117e-17_jalaluddin_alias_calon_bn_pertang_moganraj_fmt_19072026-copy-2.jpg

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berharap kerjasama BN-PN akan berlipat ganda sehingga hari pengundian dan ikatan dua gabungan itu semakin mantap.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada calon dan jentera menyatakan penyokong PN hadir membantu kempen calon BN dan sebaliknya.

“Ini petanda sangat baik dan saya harapkan ia akan berlipat ganda sehingga hari pengundian. Seterusnya gandingan ini akan menampakkan ikatan yang semakin mantap,” katanya ketika berkempen di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang.

Jalaluddin berkata, Pengerusi BN, Zahid Hamidi akan melancarkan manifesto gabungan itu pada Jumaat ini, yang akan memfokuskan pelbagai aspek, termasuk kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, belia, masyarakat Orang Asli serta pemeliharaan institusi Raja Melayu di Negeri Sembilan.

Mengulas manifesto PH, beliau mendakwa sebahagian janji itu menggabungkan komitmen kerajaan negeri dengan tanggungjawab kerajaan persekutuan, menjadikan tawaran mereka kelihatan lebih menyeluruh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan PH supaya tidak menawarkan janji yang sukar ditunaikan kerana rakyat kini lebih matang dalam menilai rekod prestasi dan pelaksanaan manifesto.

Ditanya sasaran PH memenangi 23 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan pada 1 Ogos ini, beliau berkata: “Ia harus berasaskan kepada realiti. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka mendapat 23 (kerusi) atau BN mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi.”
 
Back
Top
Log in Register