afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PDM Klawang tutup kerana tak faham kerjasama BN-PN, kata Jalaluddin
Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias yakin beberapa PDM BN di DUN Klawang akan kembali beroperasi beberapa hari lagi.
Jalaluddin berpandangan tindakan itu berkemungkinan kerana pihak yang berkenaan ‘tidak memahami’ persefahaman antara BN dan PN.
Namun, beliau menyuarakan keyakinan PDM tersebut akan kembali beroperasi dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Itu satu peristiwa (PDM tidak beroperasi) agak mengecewakan. Bila kita baru ‘berkahwin’ (kerjasama BN-PN) ini, kadang-kadang kita tak faham satu sama lain. Bila kita tak faham satu sama lain ini, dia ambil masa sedikit nak memahami.
“Mungkin dalam tempoh satu dua hari ini eloklah dia (PDM kembali beroperasi). Jadi, rungutan kekecewaan orang Klawang kerana Umno tak bertanding di situ akan difahami. Orang Klawang akan faham, insya-Allah,” katanya di Felda Pasoh 4.
Pada PRN Negeri Sembilan, Klawang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Bakri Sawir (PH), Danni Rais (PN), dan Muhammad Adib Musa (Bersatu).
Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata Umno Negeri Sembilan akan membuat gerak kerja supaya ahli dan penyokong Umno memberi undi bagi memenangkan PN.
“Ini adalah persefahaman yang kita buat. Supaya keputusan untuk kita hasilkan pada 1 Ogos bulan nanti tidak mengecewakan rakyat,” katanya.