BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan Sambutan Maulidur Rasul Ruang Muhasabah, Perbaiki Diri - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jadikan Sambutan Maulidur Rasul Ruang Muhasabah, Perbaiki Diri - Fahmi​

6967dcadd1e4077b9471ec2c2f3d38056a8c3b8b309d0

kredit: FB Datuk Seri Fahmi Fadzil

Sambutan Maulidur Rasul wajar dijadikan ruang untuk setiap umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata nilai-nilai murni yang dibawa oleh Rasulullah SAW sewajarnya terus menjadi panduan dalam kehidupan, demi membina keluarga, komuniti dan masyarakat yang lebih harmoni.

“Marilah kita menghayati dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan mengenang perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Baginda dalam membimbing umat manusia.

“Kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar melalui ucapan dan selawat, tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, sikap saling memaafkan serta keprihatinan terhadap sesama insan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M akan berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual menghadiri majlis itu.

 
Back
Top
Log in Register