BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri​

4ee7f4d776e6809747f1c5f4ce41e6246a1505a0742f8

Kredit: FB - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hari ini, bersamaan 9 Zulhijjah, yang juga merupakan Hari Arafah, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia untuk memperbanyakkan doa, zikir, taubat dan muhasabah diri dalam usaha meraih keampunan serta rahmat Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata umat Islam disarankan agar banyak berdoa memohon keampunan, kesihatan, rezeki yang halal serta kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

“Hari Arafah jelas disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka selain Hari Arafah.

“Rasulullah SAW turut bersabda sebaik-baik doa ialah doa yang dipanjatkan pada Hari Arafah (Hadis Riwayat Al-Tarmizi), sekali gus menunjukkan besarnya peluang untuk umat Islam memohon keampunan dan rahmat Allah SWT,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Hari Arafah wajar dijadikan ruang memperkukuh penghayatan generasi muda terhadap makna doa sebagai manifestasi pergantungan seorang hamba kepada Allah SWT, bukan sekadar ritual ibadah.

“Dalam dunia moden yang dipenuhi tekanan emosi, persaingan hidup dan krisis identiti, kekuatan spiritual amat penting untuk membina jiwa yang tenang dan seimbang.

“Saya melihat generasi muda hari ini memerlukan pengisian kerohanian yang padu agar mereka tidak terperangkap dalam kekosongan spiritual, budaya materialisme dan pengaruh melampau media sosial,” katanya.

Justeru, Hari Arafah sepatutnya dijadikan ruang memperbaharu iman dan membina harapan hidup yang lebih bermakna

 
Back
Top
Log in Register