BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ITM 2026: Wajah Baharu, Pengalaman Lancar, Lebih Banyak Tawaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

ITM 2026: Wajah Baharu, Pengalaman Lancar, Lebih Banyak Tawaran​

9e8f9dad98c1a28e7ec58219143d86396a8fd94806576

Kredit: ITC

Pusat Pelancongan Islam (ITC) hari ini melancarkan Bulan Pelancongan Islam (ITM) 2026, dengan memperkenalkan identiti lebih segar dan pengalaman digital berwajah baharu untuk kempen tahun ini.

ITM 2026 yang merupakan edisi kelima itu tampil dengan logo dan identiti visual baharu, laman web yang dinaik taraf dengan kemudahan tempahan dan pembayaran secara dalam talian, selain kerjasama strategik baharu yang bermatlamat menyediakan pelbagai tawaran pelancongan mesra Muslim kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Majlis pelancaran media ITM 2026 dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff di Menara Kuala Lumpur di sini hari ini.

ITC memaklumkan ITM 2026 dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 30 Sept ini dengan menghimpunkan pemain industri pelancongan dan hospitaliti, agensi kerajaan, komuniti serta rakan strategik untuk mengetengahkan produk, perkhidmatan dan pengalaman mesra Muslim menerusi platform www.itm.itc.gov.my.

“Laman web ITM 2026 menghimpunkan promosi, pakej, aktiviti dan tawaran daripada rakan strategik yang terlibat menerusi satu platform, sekali gus memudahkan pengunjung meneroka serta menikmati pengalaman pelancongan mesra Muslim di seluruh Malaysia,” menurut ITC dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, platform berkenaan buat kali pertama menawarkan kemudahan tempahan, pembelian serta pembayaran dilakukan secara dalam talian menerusi gerbang pembayaran baharu, sekali gus membolehkan pengunjung membuat transaksi secara terus dalam platform sama selepas menemukan tawaran dikehendaki.

“Platform ini turut membolehkan ITC dan rakan kongsi terlibat mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keterlibatan pengguna dan prestasi jualan, sekali gus membantu mereka menilai sejauh mana tawaran mereka mendapat sambutan dan impak tawaran yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran itu turut menyaksikan pemeteraian tiga kerjasama strategik antara ITC dengan rakan industri iaitu AirAsia MOVE, MNet Technologies dan Incentiv5.

“AirAsia MOVE diumumkan sebagai agensi pelancongan dalam talian (OTA) utama bagi ITM 2026. Menerusi microsite khusus yang boleh diakses di laman web ITM, pelancong boleh mencari dan menempah tawaran pelancongan berkaitan, yang memudahkan mereka mendapatkan produk dan pengalaman pelancongan mesra muslim.

 
Back
Top
Log in Register