InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
81 pelarian Rohingya diselamatkan pengawal pantai India
NEW DELHI: Pengawal pantai India menyelamatkan 81 pelarian Rohingya bersesak dalam sebuah bot di Laut Andaman semalam.
Bot itu dipercayai meninggalkan Bangladesh pada 11 Februari lalu dengan 90 penumpang termasuk 65 wanita dan kanak-kanak perempuan, menuju ke Langkawi, Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava, turut mengesahkan lapan pelarian ditemui mati dalam bot berkenaan manakala seorang dilaporkan hilang.
"Ia dikesan awal minggu ini oleh pasukan pengawal pantai India di Laut Andaman antara kepulauan Andaman dan Nicobar di India, yang memberi bantuan awal kepada mereka.
"Bot berkenaan masih berada di kawasan sama semalam kerana enjinnya gagal berfungsi, menyebabkan semua pelarian terkandas di laut selama empat hari.
"Mereka tidak akan dibenarkan memasuki wilayah India, sebaliknya kami sedang berbincang dengan Bangladesh bagi memastikan kesemua pelarian itu dapat dihantar pulang dengan selamat," katanya.
Tambah beliau, pelarian terbabit kehabisan makanan dan air, selain ramai yang jatuh sakit serta mengalami dehidrasi ketika ditemui pasukan penyelamat.
Kata Srivastava, dua kapal pengawal pantai dihantar bagi membantu pelarian berkenaan yang merangkumi 23 kanak-kanak.
Beberapa hari lalu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan kehilangan bot yang memulakan perjalanan dari kem pelarian Cox's Bazar di Bangladesh pada 11 Februari lalu.
Dalam pada itu, Isnin lalu, pihak berkuasa Bangladesh berkata mereka tidak menyedari ada bot yang meninggalkan kem pelarian terbabit. - AGENSI