BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

800_cdf9ed92c64dcf8946a817a8828ec243_1614332427.jpg


81 pelarian Rohingya diselamatkan pengawal pantai India

NEW DELHI: Pengawal pantai India menyelamatkan 81 pelarian Rohingya bersesak dalam sebuah bot di Laut Andaman semalam.

Bot itu dipercayai meninggalkan Bangladesh pada 11 Februari lalu dengan 90 penumpang termasuk 65 wanita dan kanak-kanak perempuan, menuju ke Langkawi, Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava, turut mengesahkan lapan pelarian ditemui mati dalam bot berkenaan manakala seorang dilaporkan hilang.

"Ia dikesan awal minggu ini oleh pasukan pengawal pantai India di Laut Andaman antara kepulauan Andaman dan Nicobar di India, yang memberi bantuan awal kepada mereka.

"Bot berkenaan masih berada di kawasan sama semalam kerana enjinnya gagal berfungsi, menyebabkan semua pelarian terkandas di laut selama empat hari.

"Mereka tidak akan dibenarkan memasuki wilayah India, sebaliknya kami sedang berbincang dengan Bangladesh bagi memastikan kesemua pelarian itu dapat dihantar pulang dengan selamat," katanya.

Tambah beliau, pelarian terbabit kehabisan makanan dan air, selain ramai yang jatuh sakit serta mengalami dehidrasi ketika ditemui pasukan penyelamat.

Kata Srivastava, dua kapal pengawal pantai dihantar bagi membantu pelarian berkenaan yang merangkumi 23 kanak-kanak.

Beberapa hari lalu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan kehilangan bot yang memulakan perjalanan dari kem pelarian Cox's Bazar di Bangladesh pada 11 Februari lalu.

Dalam pada itu, Isnin lalu, pihak berkuasa Bangladesh berkata mereka tidak menyedari ada bot yang meninggalkan kem pelarian terbabit. - AGENSI
 
Bangladesh 'tidak terikat' untuk menerima pelarian Rohingya

DHAKA: Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen, berkata bukan kewajipan negaranya untuk melindungi 81 pelarian Rohingya yang terkandas hampir dua minggu di Laut Andaman.

Jumaat lalu, jurucakap kerajaan India berkata pengawal pantai menemui kesemua pelarian itu dengan lapan sudah meninggal dunia, dalam keadaan bersesak-sesak di atas sebuah bot nelayan.

Kerajaan India juga sudah berhubung dengan kerajaan Bangladesh bagi urusan penempatan semula kesemua pelarian berkenaan, selepas mereka memberi bantuan awal makanan dan perubatan.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Momen berkata Bangladesh mengharapkan India selaku negara terdekat atau Myanmar iaitu negara asal pelarian itu, menerima mereka.

"Mereka bukan warga Bangladesh dan hakikatnya mereka adalah warga Myanmar yang ditemui pada jarak 1,700 kilometer (km) dari wilayah maritim Bangladesh

"Jadi, kami tidak ada kewajipan untuk menerima mereka yang ditemui kira-kira 147 km dari wilayah India dan 324 km dari Myanmar.

"Adakah Bangladesh menandatangani kontrak global untuk menerima dan melindungi semua pelarian Rohingya atau orang yang menaiki bot di seluruh dunia? Negara dan pertubuhan lain perlu melindungi pelarian ini," katanya.

Tambah beliau, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sepatutnya bertanggungjawab kerana kebanyakan penumpang bot berkenaan adalah pemegang kad UNHCR dari pejabatnya di Bangladesh.

"Jika (pelarian itu) adalah pemegang kad UNHCR, mengapa mereka membenarkan penyeludup manusia mengambil kad mereka dan menggunakan jalan laut yang merbahaya serta boleh mengakibatkan kematian," katanya.

Dalam pada itu, setakat ini, pegawai UNHCR mahupun kerajaan India masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut.

Untuk rekod, bot membawa 90 pelarian Rohingya itu meninggalkan Bangladesh pada 11 Februari lalu dan dipercayai menuju ke Langkawi, Malaysia. - AGENSI
 
Bangladesh pindah lebih ramai pelarian Rohingya

DHAKA: Bangladesh semalam memindahkan kira-kira 4,000 lagi pelarian Rohingya ke penempatan pulau terpencil di Teluk Benggala, Bashan Char.

Dhaka sebelum ini sudah memindahkan lebih 10,000 orang ke pulau berkenaan sejak awal Disember lalu dari kem di Cox's Bazaar yang menempatkan lebih sejuta pelarian Rohingya.

Pegawai Angkatan Laut Bangladesh, Rashed Sattar, berkata 2,254 pelarian Rohingya dipindahkan semalam disusuli lebih 1,700 orang hari ini.

Menurut Bangladesh, penempatan semula itu dilakukan secara sukarela, namun beberapa pelarian daripada kumpulan pertama yang dihantar ke pulau itu awal Disember lalu mendakwa mereka dipaksa.

Kerajaan dikatakan mengabaikan aspek keselamatan pulau yang mampu menampung 100,000 orang itu kerana ia terdedah kepada taufan, ombak kuat dan risiko banjir.

Bangladesh juga ditegur kerana enggan berunding dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan bantuan lain berhubung pemindahan pelarian Rohingya itu.

Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHRC) berkata pihaknya tidak dibenarkan menilai keselamatan dan kelestarian hidup di pulau itu.

Wakil jabatan kerajaan Bangladesh yang bertanggungjawab terhadap pelarian, Mohammad Shamsud Douza, menegaskan pelarian terbabit berpindah ke Bashan Char secara sukarela.

"Proses ini akan diteruskan dan keutamaan kami adalah untuk mengembalikan mereka ke tanah air mereka di Myanmar," katanya menerusi panggilan telefon dari Cox's Bazaar di tenggara Bangladesh.

Bangladesh meminta Myanmar meneruskan proses pemindahan Rohingya secara sukarela, namun tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap pimpinan tentera berikutan rampasan kuasa mengurangkan harapan pelarian untuk kembali. - AGENSI
 
Sekutu Suu Kyi mahu hak sama untuk umat Islam Rohingya

SINGAPURA: Ratusan ribu umat Islam Rohingya yang tinggal di kem pelarian di Bangladesh harus disatukan kembali ke dalam masyarakat Myanmar dan diberi 'hak penuh' termasuk kewarganegaraan, demikian menurut sekutu utama pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Dalam satu wawancara minggu lalu, Dr Sasa, yang menggunakan hanya satu nama dan menggambarkan dirinya sebagai utusan yang mewakili Parlimen Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sudah tiba masanya 55 juta rakyat negara itu mengetepikan perbezaan mereka dan berdepan tentera yang merampas kuasa bulan lalu.

Di bawah pemerintahan sebelum ini pimpinan Suu Kyi yang kini ditahan, Myanmar mempertahankan tentera daripada tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas Rohingya sejak 2017, memaksa lebih 700,000 orang melarikan diri merentas sempadan.

Tindakan tentera terhadap Rohingya mendorong AS untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin tertinggi tentera, memusnahkan reputasi antarabangsa Suu Kyi dan memburukkan iklim pelaburan.

Pihak berkuasa secara berterusan gagal menjamin perlindungan bagi kepulangan mereka, membiarkan mereka tinggal dalam keadaan yang teruk di kem pelarian.

Mereka dinafikan hak asas termasuk kewarganegaraan, manakala pihak berkuasa termasuk yang dipilih sebelumnya, enggan untuk mengakui mereka sebagai Rohingya dan memanggil mereka 'Bengali', yang dianggap menghina.

"Saya menunggu masa untuk memanggil saudara Rohingya kami sebagai keluarga saya. Kami satu keluarga. Sekarang kami hanya mempunyai satu musuh bersama iaitu jeneral tentera ini," kata Dr Sasa dalam wawancara dengan Haslinda Amin dari Bloomberg Television.

Kenyataan itu dibuat menjelang hujung minggu yang membawa kematian terburuk sejak rampasan kuasa, dengan sekurang-kurangnya 114 penunjuk perasaan dan orang awam terbunuh dalam pertempuran dengan tentera serta polis pada Sabtu sahaja.

Ketua pertahanan dari seluruh dunia sama-sama mengutuk penggunaan kekerasan yang membawa maut terhadap orang yang tidak bersenjata, yang menyebabkan 459 orang terkorban setakat ini.

Sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Mewakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH), sebuah pemerintahan selari yang ditubuhkan anggota Liga Kebangsaan bagi Demokrasi yang digulingkan, Dr Sasa berkata, rakyat 'harus diberi kesempatan untuk melindungi diri mereka sendiri' daripada penindasan keras tentera.

Junta mempertahankan tindakan kerasnya terhadap penunjuk perasaan, dengan secara konsisten menggambarkan mereka sebagai perusuh ganas yang menyerang pasukan keselamatan dan merosakkan harta benda. - BLOOMBERG
 

Mahkamah tertinggi India benarkan pengusiran etnik Rohingya​


NEW DELHI: Mahkamah Agung India semalam menolak permohonan menghalang kerajaan negara itu mengusir kembali ke Myanmar kira-kira 150 pelarian etnik Rohingya yang ditahan bulan lalu.

Keputusan itu membuka jalan bagi penghantaran pulang pelarian Rohingya kembali ke negara di mana ratusan orang awam terbunuh berikutan rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Narendra Modi, sudah lama berusaha menghantar kembali pelarian etnik Rohingya yang berlindung di India selepas melarikan diri dari penganiayaan dan keganasan selama bertahun-tahun di Myanmar.

Dua pelarian mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung untuk membebaskan lelaki dan wanita Rohingya yang ditahan di wilayah Jammu utara bulan lalu serta menghalang pihak berkuasa mengusir mereka.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Sharad Arvind Bobde, dalam keputusannya berkata, pengusiran boleh dilakukan selagi pegawai mengikuti proses yang sewajarnya.

"Adalah tidak mungkin untuk memberikan pelepasan sementara seperti mana yang dipohon plaintif.

"Mengenai hujahan dikemukakan peguam plaintif berhubung keadaan semasa di Myanmar, mahkamah berpendirian ia tidak boleh mengulas mengenai sesuatu yang terjadi di negara lain," katanya dalam penghakiman.

Sebelum ini kerajaan Myanmar dan Bangladesh mencapai persefahaman untuk penghantaran pulang etnik
Rohingya ke tempat asal mereka di Rakhine, Myanmar atau dipindahkan ke penempatan khusus, Bashan Char, di Teluk Benggala.

Bagaimanapun, tragedi ratusan orang awam terbunuh di Myanmar sejak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu mencetuskan kebimbangan etnik Rohingya untuk pulang.

Pemimpin masyarakat Rohingya di New Delhi yang enggan dikenali berkata keputusan itu mencetuskan rasa panik dalam kalangan pelarian di India.

"Ini adalah perintah yang menakutkan yang dibuat oleh mahkamah tertinggi India.

"Mengingatkan keadaan mengerikan di Myanmar, saya benar-benar berharap hakim memutuskan untuk memihak kepada kami," katanya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sekumpulan Rohingya sudah dihantar pulang sejak 2017.

Kerajaan Modi berkata etnik Rohingya berada di negara itu secara haram dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Minggu lalu, pegawai cuba mengusir seorang gadis Rohingya yang berusia 16 tahun dan menghantarnya ke sempadan tetapi cubaan itu gagal kerana pihak berkuasa di Myanmar tidak dapat dihubungi.

Sebilangan besar Rohingya di India membawa kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR), mengiktiraf mereka sebagai pelarian tetapi India tidak menandatangani Konvensyen Pelarian PBB. - AGENSI
 
ISU ROHINGYA | Perlu Ditangani Dengan Lebih Baik

Isu Rohingya perlu ditangani segera secara lebih baik untuk mengelakkan peningkatan jumlah golongan minoriti itu di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 
budak2 bangsa depa ni dok minta derma kat trafffic light 199 MSU shah alam. huhu
 

Bangladesh selamatkan 30 Rohingya hanyut di Teluk Bengal​

COX'S BAZAR: Pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan 30 pelarian Rohingya yang hanyut selama dua hari di Teluk Benggala selepas diserang lanun, kata seorang pegawai.

Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Amirul Haque, berkata kapal ditinggalkan berhampiran kem di daerah Cox's Bazar Jumaat lalu itu membawa 20 wanita, lima lelaki dan lima kanak-kanak.

"Kapal terbabit diserang perompak yang mengambil semua barang berharga daripada pelarian dan merosakkan mesin kapal sebelum meninggalkannya Ahad lalu," katanya.

Seorang lagi jurucakap penjaga pantai berkata mangsa hanyut di laut tanpa bekalan makanan mencukupi kerana kapal terbabit hanya bagi membawa mereka ke bot pukat tunda lebih besar yang menunggu di laut dalam.

Polis berkata, pelarian itu akan dihantar ke Bhashan Char, pulau penempatan pelarian di mana Dhaka menyasarkan untuk memindahkan hampir 100,000 pelarian dari kem sesak di Cox's Bazar.


Hampir sejuta pelarian Rohingya menetap di kem di tenggara Bangladesh itu selepas melarikan diri daripada penindasan di Myanmar.


Sebahagian besar membayar penyeludup untuk mengharungi perjalanan laut berbahaya ke negara Asia Tenggara dengan Malaysia muncul sebagai antara penempatan diaspora Rohingya yang besar.


Ahli Majlis Perbandaran di Teknaf, berhampiran Cox's Bazar, Nurul Alam, berkata kekurangan peluang kerja akibat Covid-19 mendorong ramai Rohingya melarikan diri dari kem dengan kapal menuju ke Malaysia.


Selain itu, kekurangan tangkapan ikan disebabkan wabak mendorong nelayan beralih kepada kegiatan menyeludup manusia.


"Kapal nelayan sangat kurang kerana pandemik COVID-19 dan sindiket pemerdagangan manusia menggunakan peluang ini untuk mengangkut orang," katanya. - AFP
 
Back
Top
Log in Register