BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia – PM

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
414305-414305.jpg


Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia – PM

Jelebu: Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 orang pelarian Rohingya yang berada di Malaysia, hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam menangani isu berkenaan, di samping bagi memastikan isu ketenteraman awam di Malaysia terus dapat dipelihara.

Katanya, persetujuan itu dicapai menerusi hubungan baik Malaysia dengan Myanmar, sekali gus membuktikan isu pelarian tidak boleh diselesaikan hanya dengan gesaan supaya mereka dihantar pulang.

"Orang kata 'hantar balik, hantar balik'. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima.

"Itu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian di sini, hari ini.

Katanya, Myanmar juga bersetuju menerima semula 300,000 Rohingya yang berada di Bangladesh.

Anwar berkata, kerajaan masih berunding dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi cabaran kepada beberapa negara di rantau ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap mengambil pendekatan tegas bagi memastikan pelarian Rohingya di Malaysia tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Saya sudah beri amaran, dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita.

"Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.

"Sebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah." katanya.

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Ridhwan Rusydi Azri Roslan
Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register