BTC USD 84,300.3 Gold USD 4,298.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

ISU ROHINGYA | Perlu Ditangani Dengan Lebih Baik

Isu Rohingya perlu ditangani segera secara lebih baik untuk mengelakkan peningkatan jumlah golongan minoriti itu di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.


mendelah

gi sibuk dgn hal negara pembunuh muslim buat apa?

fokus darurat kita sudahlah

biar semua berbunuhan lg bagos

rohingya pon, inilah masanya utk bertindak dr kacau bilau myanmar

xkan nak harap org lain pulak - ini lah masa utk berjuang !!!
 

Ribuan Rohingya tunjuk perasaan bantah keadaan di pulau Bangladesh​


DHAKA: Ribuan etnik Rohingya mengadakan tunjuk perasaan 'tidak terkawal' hari ini terhadap situasi kehidupan di pulau yang terdedah pada puting beliung berhampiran Bangladesh.


Pulau itu menjadi lokasi penempatan etnik itu yang dipindahkan dari kem pelarian di Bangladesh.


Sejak Disember tahun lalu, Bangladesh memindahkan 18,000 etnik Rohingya ke pulau berlumpur Bhashan Char dari kem pelarian Cox Bazar yang didiami kira-kira 850,000 individu dalam keadaan sempit dan kotor.


Kebanyakan daripada mereka melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar pada 2017, yang disimpulkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai 'genosid bersasar'.

Polis berkata, protes hari ini membabitkan sehingga 4,000 individu dan dilakukan pada hari sama pegawai agensi pelarian PBB (UNHCR) membuat lawatan.


Ketua polis tempatan, Alamgir Hossain, mendakwa etnik Rohingya di sana bertukar liar apabila wakil UNHCR tiba di pulau itu menggunakan helikopter hari ini.


"Mereka melontar batu hingga memecahkan kaca. Mereka bergerak ke arah polis... tuntutan dibuat ialah mereka enggan tinggal di sana," katanya kepada AFP.


Seorang lelaki Rohingya mengesahkan kepada AFP bahawa batu-bata dilontarkan dan polis menghalang mereka masuk ke premis yang dihadiri pegawai UNHCR.


Sejak pemindahan pertama ke pulau yang kerap banjir di Teluk Benggala pada 4 Disember lalu, beberapa etnik Rohingya memberitahu AFP bahawa mereka dipukul dan dipaksa untuk bersetuju berpindah.


Dakwaan itu turut disuarakan oleh kumpulan hak asasi manusia.


Kerajaan Bangladesh menafikan dakwaan itu, dan menegaskan pulau itu selamat diduduki, manakala fasiliti disediakan adalah jauh lebih baik berbanding di kem pelarian Cox Bazar.


PBB memaklumkan mereka tidak terbabit dalam proses itu. - AFP
 
28xx28roh_1622732344.jpg


PBB 'prihatin' nasib pelarian Rohingya di Bhashan Char​


DHAKA: Tindakan polis Bangladesh menahan etnik Rohingya yang melarikan diri dari sebuah kem penempatan di sebuah pulau negara itu membimbangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia susulan satu laporan diperoleh Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR), menyatakan berlaku tunjuk perasaan membantah layanan diterima pelarian di pulau berkenaan.

Bangladesh sudah memindahkan 18,000 pelarian untuk ditempatkan di pulau Bhashan Char, Teluk Benggala, yang dibina khusus bagi menampung 100,000 pelarian Rohingya.

Ketika ini, kawasan kem pelarian yang terletak di Cox's Bazar yang menempatkan antara 850,000 hingga sejuta pelarian sudah semakin sempit dan terlalu padat.

Sebilangan pelarian Rohingya memberitahu mereka dipaksa berpindah ke pulau itu berkenaan, yang mana keadaannya amat buruk dan terdedah kepada bencana alam terutama ribut taufan.

Difahamkan sejak beberapa minggu kebelakangan, sekurang-kurangnya 59 pelarian ditahan selepas mereka cuba melarikan diri dari pulau berkenaan.

UNHCR, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan selepas mengadakan lawatan empat hari ke Bangladesh, mereka amat prihatin dengan laporan mengenai pelarian yang ditahan kerana cuba meninggalkan Bhashan Char.

Menurut polis, ketika UNHCR memeriksa pulau itu Isnin lalu, ribuan pelarian Rohingya mengadakan tunjuk perasaan mengenai keadaan di pulau berkenaan dengan bertindak melempar batu sehingga memecahkan tingkap.

UNHCR menyatakan bahawa mereka bahawa sangat mengambil berat dan mahu mengetahui laporan mengenai pelarian yang cedera ketika demonstrasi itu.

Agensi itu juga mengambil maklum aduan pelarian di pulau berkenaan yang kerap terdedah kepada taufan yang melanda pulau itu.

Mereka juga mahu pelarian Rohingya di situ Perlu diberi peluang menjalani kehidupan yang lebih bermakna, diberikan kemahiran, pendidikan, kesihatan dan akses wang tunai untuk memudahkan kehidupan seharian.

Pelarian terbabit mendakwa pemindahan ke pulau itu bagaikan satu hukuman berat terhadap mereka, yang enggan diterima sebagai rakyat Bangladesh dan enggan pulang ke Myanmar, dari mana mereka melarikan diri.

Dua pelarian Rohingya yang melarikan diri dari pulau itu baru-baru ini memberitahu AFP bahawa ratusan pelarian berbuat demikian tetapi Ketua Polis pulau itu, Mahe Alam, menafikan jumlah itu dan menyatakan kurang 100 orang berbuat demikian.

"Bhashan Char memiliki beberapa potensi, namun elemen perlindungan manusia dan pelarian yang tinggal di sana harus dipertimbangkan sepenuhnya.

"Pelarian perlu diberikan kebebasan bergerak di pulau itu dan harus diberi peluang untuk kembali semula ke Cox's Bazar, berhubung dengan keluarga serta penduduk di kem," kata Penolong Pesuruhjaya UNHCR, Gillian Triggs.
 
05bhrohingya_1623066544.jpg

Kumpulan pelarian Rohingya yang tiba di perkampungan Kuala Simpang Ulim, Pulau Idaman di Aceh, Indonesia minggu lalu. - Foto AFP

Rohingya di Bhashan Char khuatir 'terperangkap'​


DHAKA: Pelarian Rohingya yang ditempatkan di Bhashan Char dekat Bangladesh bimbangkan keselamatan mereka susulan ketibaan musim monsun.


Mereka juga mendakwa kekurangan kemudahan kesihatan dan pendidikan di pulau terletak di Teluk Benggala itu, yang dibina bagi menampung sekitar 100,000 orang.


Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) melaporkan sekitar 18,800 pelarian sudah dipindahkan ke sana dari wilayah Cox's Bazar, di mana kira-kira 850,000 orang hidup dalam keadaan berhimpit dan serba daif selepas melarikan diri dari Myanmar.


Jurucakap pejabat perdana menteri Bangladesh memaklumkan bahawa 80,000 lagi etnik Rohingya akan dipindahkan ke pulau berkenaan dalam tempoh terdekat.

Kerajaan Bangladesh menegaskan, pemindahan pelarian Rohingya itu dibuat secara sukarela, dengan mengambil kira keselamatan di pulau terbabit daripada ancaman taufan, selain kemudahan yang lebih baik berbanding kem di Cox's Bazar.


Selepas menemubual 167 pelarian, HRW berkata proses pemindahan itu dibuat tanpa persetujuan penuh dan makluman mengenai keadaan sebenar selain mengenakan larangan kembali ke Cox's Bazar.


Laporan setebal 58 muka surat itu antara lain memuatkan rungutan pelarian Rohingya mengenai kekurangan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk manfaat anak mereka.


Turut dibangkitkan, ketibaan musim monsun mulai bulan ini yang mengundang risiko angin kencang dan banjir di kepulauan terbabit.


HRW mengakui bahawa Dhaka setakat ini sangat pemurah dan bertekad ke arah menyediakan perlindungan kepada etnik Rohingya, namun berpandangan bahawa perlindungan terhadap hak asasi mereka harus dijamin.


Pengarah HRW mengenai hak pendatang dan pelarian, Bill Frelick, berkata kerajaan Bangladesh berdepan kesukaran menguruskan lebih sejuta pelarian, namun tindakan memaksa mereka berpindah ke pulau terpencil hanya mengundang masalah baharu.


"Pemberi dana antarabangsa perlu membantu Rohingya, tetapi pada masa sama, menegaskan Bangladesh perlu membenarkan mereka pulang ke tanah besar sekiranya pakar berpendapat keadaan di pulau terlalu berbahaya," katanya.


Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen, ketika mengulas laporan itu, berkata pihaknya sudah memperuntukkan segala sumber yang ada dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelarian Rohingya.


"Negara mereka (HRW yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat) sangat maju… Jika mereka sangat bersimpati, ambillah semula rakyat mereka.


"Saya minta maaf, kita tidak dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik kerana kami bukan negara kaya. Kami tidak mampu memperuntukkan lebih daripada apa yang sedia ada," katanya. - AFP
 

Gerakan antijunta Myanmar zahir sokongan terhadap Rohingya​


YANGON : Penunjuk perasaan antijunta membanjiri media sosial Myanmar dengan gambar berwarna hitam sebagai menunjukkan solidariti terhadap Rohingya, kumpulan minoriti paling teraniaya di negara ini.


Sejak tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi dari kekuasaannya dalam kudeta pada 1 Februari, sebuah gerakan antijunta yang menuntut kembalinya demokrasi di negara ini semakin berkembang termasuk dalam memperjuangkan hak etnik minoriti.


Aktivis dan orang awam melayari media sosial hari ini untuk menyiarkan gambar diri mereka yang memakai pakaian berwarna hitam dan memberi tanda hormat tiga jari, dengan tanda pagar #Black4Rohingya.


"Keadilan mesti diberi kepada kamu dan untuk kita semua di Myanmar," ciap aktivis hak asasi terkenal, Thinzar Shunlei Yi di Twitter.

Media tempatan juga melakukan tunjuk perasaan kecil di pusat perdagangan Myanmar, di Yangon, dengan peserta berpakaian hitam memegang papan tanda dalam bahasa tempatan yang menyatakan mereka memprotes Rohingya yang ditindas.


Menjelang tengahari, tanda pagar #Black4Rohingya trending di Twitter di Myanmar, dengan lebih daripada 180,000 perkongsian diterima.


Pada 2017, kempen ketenteraan berdarah di barat Myanmar memaksa sekitar 740,000 etnik Rohingya melarikan diri melintasi sempadan ke Bangladesh.


Sebahagian besar penduduk Myanmar tidak bersimpati dengan penderitaan dihadapi Rohingya.


Aktivis Rohingya yang berpangkalan di Eropah, Ro Nay San Lwin menyatakan kempen dalam talian adalah usaha tahunan untuk meningkatkan kesedaran, namun ia pertama kali dilihatnya sehingga menjadi viral di Myanmar hari ini.


"Saya sangat gembira melihat rakyat Myanmar menyertai kempen ini. Saya lebih berharap mendapat solidariti yang lebih kuat daripada mereka," katanya.


Bayangan 'Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG)' baru-baru ini terdiri dari penggubal undang-undang yang berusaha menjatuhkan junta, sudah memperluas cabang sokongannya kepada kumpulan minoriti, supaya mereka dapat berganding bahu melakukan revolusi.


Namun, NUG dinamakan sebagai 'pengganas' oleh rejim tentera, sementara pemimpin junta, Min Aung Hlaing menolak sebutan 'Rohingya' dengan menganggapnya sebagai 'istilah khayalan'. - AFP
 
biar je la puak2 rohin ini. bukan tak nak bela, tapi tak layak dibela. perangai satu2 aduss...teruk..
 
takyah nak sibuk hal org lain. perkuatkan dulu org hal org melayu kat bumi mesia ini dulu. hal org melayu pon banyak yang lompang2 terkontang kanting, ada pulak masa nak bela hal org lain.
 

Empat maut kerana cirit-birit​


14HMrohis_1623934782.jpg


Kanak-kanak pelarian Rohingya di kem yang terbakar di New Delhi, baru-baru ini. - Foto AFP​


COX'S BAZAR: Bangladesh mengekang penularan wabak cirit-birit yang membunuh empat pelarian Rohingya, selain menjangkiti 1,500 orang lain di kem pulau.

Kejadian itu mengundang kebimbangan kumpulan hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bangladesh memindahkan hampir 18,000 pelarian dari penempatan sempit ke kem Bhashan Char yang terletak di kawasan rendah.

Ramai yang dipindahkan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian. Kemudahan seperti kesihatan di pulau yang sering dilanda taufan juga teruk.

Menurut sumber dalam kalangan pegawai dan etnik Rohingya memberitahu, wabak cirit-birit mula meletus awal bulan ini, selepas dilanda hujan monsun pertama.


0607rsenggan_1623934785.jpg


Pelarian Rohingya mandi di pantai Pulau Idaman, Aceh. - Foto AFP

Sekurang-kurangnya empat etnik Rohingya mati dalam tempoh dua minggu lalu, iaitu seorang wanita berusia 20 tahun dan tiga anaknya, kata dua pegawai di pulau itu kepada AFP.

Dr Rahat Tanvir Anwar yang bertugas di satu-satunya klinik dilengkapi 20 katil di pulau itu berkata, sekurang-kurangnya 1,550 orang iaitu hampir sepuluh peratus populasi di pulau itu, dijangkiti wabak berkenaan dan sekitar 600 orang memerlukan rawatan di hospital.

"Keadaan bertambah baik. Kami menambah sepuluh lagi katil di hospital untuk merawat pesakit.

"Pada Khamis, hanya ada 14 pesakit cirit-birit di hospital," katanya kepada AFP.

Sementara itu, Ketua Kesihatan Daerah, Masum Iftekhar, berkata pihaknya segera menyampaikan pendidikan kesihatan kepada pelarian berkenaan supaya mereka tidak minum air, selain sumber diambil dari telaga. - AFP

28xx28roh_1623934788.jpg


Pelarian Rohingya yang ditahan di laut dibawa tentera Myanmar ke Thalchaung, dekat Sittwe dalam negeri Rakhine. - Foto AFP


 
rohingya_1632370809.jpg

Pelarian Rohingya di sebuah pasar di kem pelarian Kutupalong, Bangladesh. - Foto AFP

AS salur bantuan AS$180 juta untuk pelarian Rohingya​

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyalurkan tambahan AS$180 juta (RM753 juta) untuk membantu lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

"Melalui dana terbaru ini, jumlah bantuan kemanusiaan setakat ini mencapai lebih AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) sejak Ogos 2017 ketika lebih 740,000 warga Rohingya terpaksa melarikan diri berikutan pembersihan etnik dan penganiayaan di Rakhine, selain bagi keselamatan di Cox Bazar, Bangladesh," lapor Sputnik yang memetik kenyataannya semalam.

Jumlah itu merangkumi AS$1.2 bilion (RM5.03 bilion) bagi program yang membolehkan rakan kerjasama kemanusiaan AS menyediakan perlindungan kepada hampir 900,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menurut kenyataan sama, dana itu turut menyokong lebih 472,000 anggota komuniti di Bangladesh yang terjejas dengan bantuan AS merangkumi pelbagai aspek, termasuk pendidikan, keselamatan makanan, kesihatan, pemakanan, perlindungan, tempat tinggal, tindak balas bencana, air, sanitasi dan kebersihan.

Serangan 2017 oleh tentera Myanmar dan sekutunya memaksa lebih 700,000 penduduk Rohingya yang majoritinya beragama Islam melarikan diri ke Bangladesh.

Price berkata, kumpulan yang memimpin rampasan kuasa tentera pada Februari lalu di Myanmar adalah individu sama bertanggungjawab ke atas kekejaman terhadap entik Rohingya, selain kezaliman serta melanggar hak asasi manusia terhadap anggota kumpulan etnik minoriti dan agama lain.

AS turut menggesa supaya Myanmar tidak menghalang etnik Rohingya dan kumpulan etnik lain yang diusir untuk kembali ke negara itu. - BERNAMA
 

Dunia perlu mainkan peranan bantu krisis Rohingya​


DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menggesa pemimpin dunia memainkan peranan dalam penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya.

"Komuniti antarabangsa perlu bekerja secara konstruktif untuk penyelesaian kekal terhadap krisis pelarian Rohingya melalui kepulangan mereka dengan selamat, lestari dan bermaruah ke Rakhine, Myanmar," kata Hasina ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-76 di New York.

Bangladesh adalah kediaman bagi lebih dari 1.1 juta pelarian Muslim Rohingya yang dianiaya, kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera bermula pada 25 Ogos 2017, yang dilakukan dengan alasan untuk memerangi militan selepas mendakwa serangan pengganas di pos pemeriksaan polis dan tentera.

"Walaupun kita mengharapkan pemimpin ASEAN untuk meningkatkan usaha mereka yang berterusan, masyarakat antarabangsa juga perlu turut sama menyokong perkara itu atas dasar kebertanggungjawaban bersama," katanya.

Hasina juga menyatakan kekecewaannya penangguhan pengiriman pulang pelarian Rohingya secara aman, lapor agensi berita Anadolu.

"Krisis Rohingya kini memasuki tahun kelima. Namun tidak seorang pun warga Myanmar yang dipindahkan secara paksa, dihantar pulang ke Myanmar, "katanya.

Mendesak masyarakat dunia untuk memberi tekanan kepada Myanmar bagi mengambil kembali warganya, Hasina berkata, krisis itu timbul di Myanmar dan oleh itu penyelesaiannya juga terletak di Myanmar.

Mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam menyelesaikan krisis, Hasina berkata, Myanmar harus mewujudkan suasana yang kondusif untuk mereka kembali (Rohingya).

Beliau mendakwa Bangladesh memainkan peranan dengan baik dalam menangani Rohingya.

Katanya, bahkan ia menempatkan sebilangan warga Myanmar ke Bhasan Char bagi menjalani keadaan hidup mereka yang lebih baik," katanya.

"Bagi membendung penyebaran wabak global di kem pelarian yang sesak di daerah selatan Cox's Bazar, semua Rohingya yang memenuhi syarat telah dimasukkan dalam program vaksinasi negara," katanya

Pelarian Rohingya yang digambarkan oleh PBB sebagai orang yang paling teraniaya di dunia, menghadapi ketakutan serangan yang meningkat sejak puluhan orang terbunuh dalam keganasan komunal pada tahun 2012.

Sementara itu, Hasina berkata, Bangladesh bersedia untuk menghasilkan vaksin secara tempatan jika teknologi dipindahkan. - AGENSI
 
Back
Top
Log in Register