BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

kita tunggu masa bila rohingnya rampas malaysia nanti
 
Mohib-Ullah_1632965326.jpg

Mohib Ullah maut ditembak di luar pejabatnya di Kutupalong. FOTO AFP

Pemimpin Rohingya terkemuka maut ditembak​


COX'S BAZAR: Seorang pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah maut selepas ditembak penyerang tidak dikenali di sebuah kem pelarian di sini, semalam.

Jurucakap polis Cox's Bazar, Rafiqul Islam berkata, Mohib ditembak mati oleh empat penyerang ketika bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib sekitar jam 8 malam.

"Empat hingga lima penyerang tidak dikenali menembaknya dari jarak dekat. Dia disahkan meninggal dunia di hospital di kem," katanya.

Beliau berkata, polis dan pihak berkuasa bersenjata lain, yang ditugaskan memastikan keamanan di 34 kem pelarian Rohingya di negara itu, meningkatkan kawalan dengan mengerahkan ratusan lagi pegawai bersenjata.

Katanya, setakat ini belum ada yang ditahan susulan serangan nekad itu.

"Kami melakukan serbuan di kawasan itu," katanya sambil menambah Mohib tidak pernah memberitahu polis mengenai sebarang ancaman diterimanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Keamanan dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya (ARPSH), Mohammad Nowkhim, berkata serangan berlaku ketika Mohib sedang berbual dengan pemimpin Rohingya lain di luar pejabat ARPSH di Kutupalong, penempatan pelarian terbesar di dunia.

"Penyerang melepaskan tiga das tembakan. Dia mengalami pendarahan dan meninggal dunia ketika dibawa berdekatan hospital," kata Mohammad sambil memaklumkan ramai pemimpin Rohingya lain bersembunyi selepas pembunuhan Mohib.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun seorang pemimpin Rohingya memberitahu Mohib dibunuh kumpulan pelampau Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), yang berada di belakang beberapa serangan ke atas pos keselamatan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.

"Ini kerja ARSA," katanya Ullah, 48, pemimpin awam utama etnik minoriti yang kini berlindung di kem di Bangladesh, selepas tentera Myanmar mengusir dari kampung mereka di wilayah Rakhine pada Ogos 2017. -AFP
 



BREAKING NEWS :Today, 29 sept 2021 Mr Mohib Ullah has been killed in Bangladesh Refugee camp.​

 

3 juta penduduk Myanmar memerlukan bantuan - PBB

Oktober 1, 2021 @ 3:54pm

myanmar_-_afp_1633074836.jpg


(Gambar fail) Rakyat Myanmar membantah rampasan kuasa oleh tentera pada Februari lalu. - FOTO AFP


NEW YORK: Myanmar sedang berdepan 'krisis teruk' dengan bilangan penduduk memerlukan bantuan kini meningkat kepada tiga juta orang dalam tempoh lapan bulan selepas tentera melancarkan rampasan kuasa.

Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Andrew Kirkwood ketika mendedahkan perkara itu, semalam, menyifatkan keadaan berkenaan sebagai 'amat membimbangkan.'

"Rakyat Myanmar benar-benar hidup dalam krisis teruk ketika ini. PBB memberi bantuan kepada sejuta penduduk yang terkesan dengan konflik di dalam negara itu," katanya kepada pemberita melalui perjumpaan maya.

Bagaimanapun, angka terbabit kini meningkat kepada tiga juta penduduk dalam tempoh lapan bulan lalu sejak rampasan kuasa oleh tentera pada Februari.

"Keadaan sangat membimbangkan. Saya fikir ia adalah situasi paling teruk yang pernah saya lihat di negara itu.

"Tidak mungkin kita dapat membantu hingga tiga juta penduduk berkenaan dengan sumber dimiliki ketika ini," kata Kirkwood yang berkhidmat di Myanmar sejak sedekad lalu, sambil terus menggesa lebih banyak dana diberikan. - AFP


 
DEWAN RAKYAT | Malaysia Bersama ASEAN Tangani Isu Rohingya

Isu pelarian Rohingya mendapat perhatian Dewan Rakyat.

Malaysia ujar Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah tidak bersendirian dan bersama negara ASEAN lain untuk menghentikan pengusiran etnik Rohingya dari Myanmar.

 
ROHINGYA | 7 Maut, Beberapa Cedera Ditembak, Ditikam

Tujuh maut manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan di sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

Insiden berlaku di kem menempatkan 900,000 pelarian berhampiran sempadan Myanmar.

Lapor media antarabangsa, suspek menembak beberapa individu dan kemudiannya menikam mangsa yang lain.

Empat mangsa maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Balukhali.

 
Ada 900K, tak sampai 1 juta pun rohingya jadik pelarian. Apa salahnya Malaysia ambik langkah, bagi pendidikan yg betul kat diorg ni. Dalam 1 juta org ni mesti ada yg jadik saintis, doktor, engineer yg berjaya satu masa nanti.
 
ROHINGYA | Selepas Dihalau,Pelarian Akhirnya Dibenarkan Mendarat

Selepas beberapa hari terkandas di lautan, kapal usang yang membawa pelarian Rohingya akhirnya dibenarkan mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia atas dasar kemanusiaan.

Keputusan itu diambil selepas Indonesia menerima bantahan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap rancangannya untuk menghantar mereka ke perairan Malaysia.

Seramai 120 pelarian dengan kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3 #Seantero

 
Ada 900K, tak sampai 1 juta pun rohingya jadik pelarian. Apa salahnya Malaysia ambik langkah, bagi pendidikan yg betul kat diorg ni. Dalam 1 juta org ni mesti ada yg jadik saintis, doktor, engineer yg berjaya satu masa nanti.

Dah merata Rohingya ni dekat sini tuan
 
KEBAKARAN | Ribuan Pelarian Rohingya Hilang Tempat Tinggal

Kira-kira 5,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal selepas kem dihuni mereka di Cox's Bazar, Bangladesh, terbakar.

 
Back
Top
Log in Register