BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu rasuah: Yang salah itu individu, bukan parti UMNO - Isham Jalil

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Isu rasuah: Yang salah itu individu, bukan parti UMNO - Isham Jalil

Israr Khalid
Oktober 25, 2022 22:30 MYT

Isu rasuah: Yang salah itu individu, bukan parti UMNO - Isham Jalil
Mereka suka melabel UMNO ini dan itu, tetapi apabila tengok parti mereka, 22 bulan berkuasa pun banyak kes rasuah, kata Isham ketika bercakap dalam program Agenda AWANI pada Selasa. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Parti tidak wajar dipersalahkan atas perbuatan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana individu di dalam organisasi itu, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil.

Bercakap dalam program Agenda AWANI malam tadi, dia berkata, perbuatan rasuah boleh berlaku apabila seseorang itu mendapat kuasa.

Sebagai contoh, dia merujuk kepada para pemimpin Pakatan Harapan (PH) semasa pihak itu menjadi kerajaan.

“Lim Guan Eng pun ada dua kes rasuah. Jadi, apabila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kata beliau menentang rasuah, kawan yang dibawa itu (Lim) pun ada kes rasuah, kenapa beliau tak sebut pasal itu?

“Sebab itu saya kata, jangan salahkan parti pasal kes rasuah. Mereka suka melabel UMNO ini dan itu, tetapi apabila tengok parti mereka, 22 bulan berkuasa pun banyak kes rasuah,” katanya.

Isham turut membangkitkan dakwaan pengguguran kes rasuah beberapa pemimpin PH ketika pakatan itu menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Menurutnya, PH menyalahgunakan kedudukan itu dengan menggugurkan 15 pertuduhan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka melalui Peguam Negara yang dilantik kerajaan PH.

“Apabila kita pergi ke PRU15 ini, saya fikir, mereka risau, kalau mereka kalah, akan ada kluster mahkamah baharu iaitu kluster mahkamah kes-kes yang digugurkan oleh mereka.

“Kita bukan hendak balas dendam, tetapi kalau lepas PRU nanti mereka mahu buat penyiasatan dan mengambil tindakan kepada kes-kes yang PH gugurkan dahulu, silakan, kami tak campur,” jelasnya.

Oleh itu, katanya, untuk membersihkan politik Malaysia daripada perbuatan terkutuk itu, "orang baik" perlu melibatkan diri dalam politik.

Jika tidak, kancah itu akan terus dipenuhi oleh "orang jahat" dan untung nasib rakyat akan terletak di tangan-tangan mereka, tambah Isham.

Isu Rasuah: Parti tak salah, yang salah itu individu - Isham Jalil
#PRU15 #Rasuah #Isham Jalil #Agenda Awani
 
Di malaysia
99% pemakan rasuah adalah org melayu

Manakala 99% yg mkn babi adalah bukan melayu 😂
Zaman dahulu, hasil negara Sultan dan Raja yang collect. Mana melayu berani makan rasuah.

Lepas merdeka, kuasa dapat kepada melayu berahak, baru la melayu berani makan rasuah.
 
Isu rasuah: Yang salah itu individu, bukan parti UMNO - Isham Jalil

Mereka suka melabel UMNO ini dan itu, tetapi apabila tengok parti mereka, 22 bulan berkuasa pun banyak kes rasuah, kata Isham ketika bercakap dalam program Agenda AWANI pada Selasa. - Foto Astro AWANI
 
Back
Top
Log in Register